Report Ride Sawadeekap

Post new topic   This topic is locked: you cannot edit posts or make replies.

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Go down

Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Tue Mar 11, 2008 11:42 pm

Salam semua HRCian....., Maaf pada semua yang menunggu report ride ni. Bug baru berpeluang nak berforum kembali setelah sekembalinya dari Thailand. Bug nak kongsikan sedikit ceritera dari Ride Sawadeekap nih. Suka duka, senang susah ditempat orang hanya Bug dan Perok tanggung berdua.

Pada 22hb Feb 2008, Jumaat, selesainya Bug dari kerja, jam 6.30pm, Bug terus bergegas pulang kerumah, hati sudah berkelocak, jiwa tak tenang kerana excited untuk ride ke Thailand ni. Bug bersiap seadanya, berbekal secukupnya. Tanpa sempat Bug berehat barang sejam dua, jam dah pun menunjukkan pukul 11pm. Setelah selesai membungkus barang terakhir iaitu bekal Sambal Ikan Bilis dari LadybuG tersayang, Bug terus bersiap untuk kerumah Perok, dgn harapan masih sempat berjumpa kengkawan untuk mendapatkan kata kata perangsang dan semangat. Bug gerak dari rumah lebih kurang jam 11.50pm....terus ke Pandan Indah.


BuG membri pos sebelum bertolak. Tengok ler barang yg di bawa. Maklum ler Fist time kali ketama nak ke Thailand ngan moto.
...................
- eazybuG -



Last edited by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 2:25 am; edited 3 times in total

eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 1:05 am

Hari Pertama, 23.03.2008, Sabtu:

Bug sampai kat Pandan Indah dalam lebih kurang jam 12.45am. Cari kengkawan kat Ariff tak der, Bug terus gi umah Perok.....pon tak der. Rupa rupa nya, korang dok melepak kat restoran apa nama ntah, Bug dah lupa. Agaknya menunggu Bug lama sangat yer...!! Sorry ler. Lepas Perok sampai kat umah, kami membuat keputusan yang khemah tu hanya menambah beban keatas motor kami sahaja. Maka, kami sepakat untuk tidak membawa khemah tersebut.

Kami gerak dari umah Perok pada jam 1.30am. Terus meluncur ke shell MRR2 Kg Pandan untuk mengisi minyak. Bug mengisi RM11 termasuk 2 liter spare. Kami tanpa membuang masa terus menyusuri kegelapan pagi kearah laluan lebuhraya Utara Selatan untuk menuju destinasi seterusnya....Tapah. Pada mulanya, bug bercadang untuk berenti di Hentian Ulu Bernam tetapi memandangkan hentian tu tutup untuk penyelenggaraan, maka kami terpaksa juga berenti di Tapah.



Kami sampai di Hentian Tapah lebih kurang jam 3 pagi. Tu pun kelajuan kami adalah lebih kurang 70 ke 100 kmj jer, sebab motor Perok masih dalam proses running-in lagi.
Kami berehat jap, makan nasik lemak kosong berlauk kan sambal ikan bilis dan ikan bilis goreng yang dibawa masing masing.





Perok kekenyangan.....senyummmmmm jer....!! Very Happy

...................
- eazybuG -



Last edited by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 2:22 am; edited 2 times in total

eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 1:24 am

Kami gerak lagi, tapi sebelum tu, singgah dulu isi minyak di Tapah, Bug tambah RM13.21. Kami meneruskan perjalanan setelah kekenyangan di hentian tadi. Setakat ni, alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tak banyak gambar yang nak diambil...maklum ler, ride berdua, malam pulak tu. Perok ada bawak kamera....dia bukan nya malas nak amik gambar tapi tak berapa rajin... Very Happy

Kami berhenti lagi di Sungai Perak pada jam 5.40am untuk top up minyak. Bug tambah RM7.50, kami isap rokok sebatang pastu terus gerak lagi.






...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 1:43 am

Pada jam 7.17 pagi, kami sampai di Tol Juru. Bug tambah minyak RM9.70. Perok berehat jap sementara menunggu kedai Shell dibuka.....nak pakai ATM ler tu.... Smile Tak lama kami berehat, mungkin dalam 15 minit jer kot.



Kami sedang menunggu kedai dibuka. Sekali mamat yg jaga kedai tu macam tahu yg kita nak masuk, dia pun bukak jer la utk kami berdua masuk guna ATM. Baguih mamat tu.. Smile



Senyuman dibalik moto.... Very Happy

...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 2:06 am

Setelah sattle semua keperluan di Juru, kami beransur meneruskan perjalanan yang masih jauh. Pagi pagi ni tak leh nak bawak laju sangat, kenderaan makin banyak atas jalan. Sedang kami rilek bersantai bawak muto sambil menghirup udara pagi, Bug ternampak yg Perok nye cover rantai patah. Cepat2 Bug hon Perok suruh berenti. Kami waktu tu dalam kawasan Sg Tua.

Sementara tunggu Perok mencabutkan cover rantai muto nya, Bug menge'test', cara untuk ambil 'self potrait'. Maklum ler, dah tak der orang lain lagi doh nak mengambil gambar.... Laughing Laughing Laughing



Perok nun dibelakang tgh dok fenin, nak bukak cover tersebut... Very Happy



Abg jolok motor yer baaang...... rabbit rabbit



Jam 7.51am, Sejuk, Sawah padi terbentang luas.......bulan di langit masih jelas kelihatan.

...................
- eazybuG -



Last edited by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 2:37 am; edited 1 time in total

eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Wed Mar 12, 2008 2:36 am

Ceritera akan bersambung lagi.
Bug tgh dok sakit mata ni. Dah 2 ari dah. Namun ku gagah kan jua jari jemari ini untuk melakarkan coretan imbauan ride ke Thailand tempoh hari.....yang sememangnya Bug dan Perok tak kan lupakan sampai bila bila. Semuanya ada, masin, manis, masam, pahit, kelat, payau tawar dan seribu macam rasa lagi. Nanti Bug dah ok sikit, Bug akan sambung lagi eh...!! Sekarang Bug nak tidor jap. Mata pun dah merah menyala dah ni....asik berair jer...tak larat nak lap dah Crying or Very sad Crying or Very sad Crying or Very sad
...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by Mucup on Thu Mar 13, 2008 3:50 pm

dah habis ke report bro..sambung ah lagi,tu baru pergi,yg berlaku kat sana camana lak,yg balik camana lak..mesti ada ceter bes..

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

PiscesCat
Posts : 1392
Joined : 08 Jan 2008
Age : 33
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 1:55 am

Sorry sumer, Bug masih lagi sakit mata.

Bug sambung sket lagi. Masih lagi hari yang pertama, setelah Perok punya cover rantai dah dicabut, kami terus ke hentian Gurun plak. Kat sini Bug tambah 2T dan isi minyak RM5.85.


Kat sini, Perrok tidur sekejap dan lepas tu, Perok diganggu oleh bunyi tak best dari tayar depan motornya. Tak pasti samada bering roda atau brek.

...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 2:11 am

Kami teruskan juga perjalanan untuk sekurang kurang nya sampai ke kedai motor di Changlun. Kami sampai juga di Changlun pada jam 10.15am. Dalam perjalanan ke Changlun, motor Perok dah semput, gear 5 dan 6 tak leh pegi. Perok chek masa kat kedai Motor Loh di Changlun. Bug suspek setting tak betul atau lobang ekjos dikorek luas sangat oleh owner lama atau magnet dipotong. Tauke kedai tu kata mungkin sebab magnet tu dipotong. Perok tak bukak untuk chek sebab nak kejar masa. Yang dapat tau rosak ialah, bering roda depan dan kaliper brek tak berfungsi. Perok tukar bering dan kaliper baru. Bug cuma beli 2t kecik utk campur ngan petrol jer.

...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 2:31 am

Selepas semua selesai, kami terus gi tukar dwet kat Canglun tu jugak. Beli insuran RM16. Bug tak tukar banyak, cuma RM650 jer. Dapat la 6460 baht. Then, kami tak buang masa.....gerak ke Bukit Kayu Itam, tambah minyak disitu RM 6.80. Kami berenti makan lunch kat border. Kena RM8 untuk 2 orang. Rehat jap, pastu kami lintas border........YAHOOOOOOOOOOOOOOO.....da sampai Sadao. Kami chek in kat Thailand Immigration pada jam 12.30pm. Peristiwa CUAK berlaku disana. Kat sini, kalau motor bukan nama kita, diorang nak kan Surat Wakil (Authorised Letter). Kata salah sorang pegawai imigresen tu.." U don hep letter, u go back to Maleysia".....pergh, kami cuak giler. Takkan nak patah balik KL. Sementara kami dok tgh cari akal, ada sorang minah imigresen kat situ dok tunjuk kearah depan sana....(depan Imigresen). Kami cuba pegi tanya kat kedai tu, rupa2 nya dia boleh buat surat wakil tu....siap ada save kan format dia lagi. Kami gumbira.....tak terkata....bayar RM5 untuk satu surat.
Apa lagi, terus gi buat clearance ler ngan Imigresen kat situ....bayar diorang RM2.

Senyuman bertukar menjadi pucat apabila surat wakil diminta.... Laughing



Muka tgh tension nih.....lama gak dok menunggu surat wakil untuk siap dibuat. Dan, kat sini lah jugak dapat tahu bahawa insuran yang dibeli tu adalah insuran untuk kereta......disedari setelah melihat 'Type of Vehicle' adalah ditulis SALOON. Hampeh....... scratch scratch scratch

...................
- eazybuG -



Last edited by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 4:05 am; edited 2 times in total

eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 2:59 am

Tanpa membuang masa, selepas sattle ngan Imegresen Sadao, kami terus meluru ke Haadyai yang hanya lebih kurang 60km dari Sadao. On da way ke Haadyai, motor Perok meragam lagi.....semput. Masuk jer gear 5 dan 6, top speed menurun. Kami gagahi jua untuk sampai ke Haadyai dgn kelajuan yang amat perlahan.
Kami sampai jua di Haadyai dalam jam 1.30pm waktu Thailand. Kami terus cari Hotel Pink Lady dan menginap disitu untuk melepaskan penat. Harga hotel, RM60. Kami un-pack barang, salin baju dan terus tumbang....jam lebih kurang 2.30pm waktu Thailand, kami tidoq......zzzzzzzzzzzz......bangun jam 5.30am waktu Thai....Emmmm, hilang penat.. Very Happy

Isssh.....Perok punya senyum tu lain pesen jer...... Laughing Laughing Laughing Laughing


Rupa bilik penginapan kami.. Very Happy
...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 3:52 am

HARI KEDUA: 24 MAC 2008, AHAD:

Kami keluar mencari sarapan jam 7.15am waktu Thai. Masa ni dibandar Haadyai, cuaca dingin, segar, jalan masih lengang.....maklum ler, hari Ahad pulak tu. Very Happy


Memang lengang......best...!! cheers


Kami pegi makan kat Restoran Rocky.....makanan islam. Ada masakan kampung dan roti canai pun ada. Kat sini macam Kelantan jugak, ada yang makan roti canai ngan susu atau gula.. Very Happy


Panas panas lagi....ermmmmm, sodaaaap...!!


Roticanai yg menanti pembelinya.... Very Happy


Anak tokey kedai dia comey....bleh cakap melayu lagi tuu.... Laughing


Inilah jamuan brekfast kami diHaadyai....best wei...!! bounce


Bug ngan penuh gayanya berposing sebelum makan.....lapor wei..!! Kami cekik semua hanya 90baht. Tapi, yg bangga tu, Bug siap bawak HRC ke Thailand tuu... cheers
...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 3:56 am

......kisah ride bersambung di lain episod plak la yer.... Laughing
...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 4:02 am

...zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz...... Sleep Sleep Sleep Sleep
...................
- eazybuG -


eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Re: Report Ride Sawadeekap

Post by eazybuG on Fri Mar 14, 2008 9:03 pm

Sambung balik......,

Tanpa sempat kami amik massage, kami terus chek out dari Hotel Pink Lady pada jam 8.45am waktu Thai dan selepas kami chek moto apa yang patut, kami memulakan perjalan kembali pada jam 9.00am waktu Thai. Perok memula tu berhajat nak mencari kedaimotor disekitar Haadyai, tapi kami tak berjumpa satu pun. Mungkin sebab hari Ahad....banyak kedai tutup daa...!! Kami berhenti di stesen minyak kat Haadyai dan inilah pertama kalinya motor kami diisi ngan Gasohol (Petrol campur Alcohol). Memula cuak jugak Bug nak isi ngan minyak nih, tapi sebab Perok konfiden jer, Bug pun try la sama. Kami mengisi minyak pada jam 9.15am waktu Thai dan Bug isi sebanyak 80baht, 2.90b/liter. Mahal jugak tuu....!!

Perok sedang sebok nak menambah 2t nya agak dah nak kehabisanullazi..... Laughing
...................
- eazybuG -



Last edited by eazybuG on Sat Mar 15, 2008 1:20 am; edited 2 times in total

eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

GeminiDog
Posts : 693
Joined : 07 Jan 2008
Age : 38
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.

Back to top Go down

Page 1 of 5 1, 2, 3, 4, 5  Next

View previous topic View next topic Back to top


Permissions of this forum:

You cannot reply to topics in this forum