HardcoreRiderzCommunity.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

harga baru minyak....

4 posters

Go down

harga baru minyak.... Empty harga baru minyak....

Post  antu_ride Fri Jun 06, 2008 12:43 pm

Kenaikan harga minyak petrol di pasaran... apa komen anda.....tulis arr kat sini....ader masa nanti aku lak komen...selamat berforum....
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Re: harga baru minyak....

Post  daeim Fri Jun 06, 2008 3:50 pm

bengang pun ade..tapi nak buat mcm mana..depa berkuasa...sbb depa tau org bawah nie..buat mcm mana pun xkan melawannya..kita penuh dgn adat dan sopan santun la konon...ppiirrahhh..

bayangkan...kapchai aku x pernah isi full RM10, skrg nie dah kena....pegi Siam last year tu lain arr..sbb sana mmg petrol mahal..ntah arr...nak ckp pun susah...depa je yg betui..depa soh rakyat berkorban sket menanggung harga kenaikan petrol dunia yg melambung...tapi negara kita korek minyak apa..mane pegi minyak yg dikorek itu..???? kenapa tidak digunakan pada rakyat sendiri..

lagi satu hal pasal petrol nie...sume org sibuk la naik public transport kononnya...tapi LRT...monorail...bus...byk mana yg ada..???? x efisyen lagik..pehtu kalau nak g keje..kene rebut2...sampai kena tunggu 5 atau 6 LRT baru dapat...pehtu seminggu 4 kali lewat masuk opis..next week nya kena la WARNING LETTER....ini ke yg dinamakan pembangunan dan pengorbanan..???

any comment..?

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Re: harga baru minyak....

Post  Mucup Fri Jun 06, 2008 4:08 pm

more comment... Twisted Evil Twisted Evil
Mucup
Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 49
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Re: harga baru minyak....

Post  daeim Fri Jun 06, 2008 4:12 pm

Mucup wrote:more comment... Twisted Evil Twisted Evil

mu jgn komen lebih2...nanti kena ISA...hehehe..dok Taiping susah lak kang kitorang nak konvoi g lawat ang..hehehe

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Re: harga baru minyak....

Post  mawar Fri Jun 06, 2008 5:03 pm

apa nak buat...camtulah....nak isi minyak kapchai pun full tank RM12.00. TERGEZUTTTTTTTT GILERRRRR........sedih pun ada.... tak boleh nak kata apa...
mawar
mawar
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 28
Age : 44
Location : Malaysia
Job/hobbies : travelling , shopping
Registration date : 2008-05-26

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Minyak Petroleum Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadi

Post  antu_ride Fri Jun 06, 2008 7:54 pm

Minyak Petroleum Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadikan Minyak Jet






--------------------------------------------------------------------------------


"Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan", kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9 sebentar tadi. Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita. Mungkinkah menteri dan timbalan menteri UMNO/BN ini memang semuanya bangap dan lembab belaka atau memang kegemaran mereka bersandiwara bodoh sepanjang masa di hadapan rakyat.

Kita ikuti seterusnya perbualan (secara ringkas) antara Dr. Agus dan Zahid:

Dr. Agus: Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?

Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ……..

Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ……..

Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat …….

Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ………?

Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ……..

Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri tahap minda seorang yang bergelar Timbalan Menteri di dalam UMNO/BN. Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja. Tak tahulah kalau ada minyak petrolium yang disedut belakang rumah Zahid yang berupaya berbuat demikian.

Lagi pun kalau benar kualiti minyak Malaysia memang tinggi atau tinggi kandungan untuk minyak jet, sudah tentu kita berjaya mengekspot dan seterusnya memperolehi untung yang lebih tinggi sebab harga minyak dunia telah meningkat dengan mendadak, sedangkan untuk kegunaan tempatan kita mengimpot minyak yang bermutu rendah. Jadi hujah kepala otak apa pula yang berkata bahawa apabila fenomena ini berlaku kita terpaksa naikkan harga minyak sedangkan kita telah untung besar dengan hasil penjualan minyak bermutu tinggi!

Saya nak ingatkan Zahid bahawa Anwar telah menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun dan apabila beliau kata ia boleh dilakukan maka ia pasti boleh dilakukan. Janganlah kedunguan boss kamu Mamak Maidin itu menjalar kepada engkau pulak! Kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesetengah masa atau semua orang pada sesetengah masa atau sesetengah orang pada setiap masa. Tetapi kamu tidak akan berjaya menipu semua orang pada setiap masa dan penipuan kamu di atas adalah cukup hina dan meloyakan.

Anak Bapa: Saya sebenarnya bukan berminat sangat nak tonton rancangan Hujah ini kerana acapkali ahli-ahli panelnya semua daripada UMNO atau penyokong UMNO sahaja. Tetapi saya gagahi juga menonton kerana satu keunikan rancangan ini ialah pengerusinya Dr. Muhammad Agus yang pakar di dalam sains politik begitu pandai dan adil di dalam mengolah soalan-soalan cepu emas sehingga terkial-kial ahli panel untuk menjawabnya.
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Re: harga baru minyak....

Post  daeim Tue Jun 10, 2008 12:34 am

hmm..any comment..?

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Re: harga baru minyak....

Post  antu_ride Wed Jun 11, 2008 11:41 am

any comment...?
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Penting !!fakta Tentang Minyak Yang Semua Kena Tahu

Post  antu_ride Thu Jun 12, 2008 1:41 am

Penting !!fakta Tentang Minyak Yang Semua Kena Tahu








<>Baru baru ini dalam akhbar tempatan, kerajaan telah keluarkan satu

statistik kononnya harga minyak di malaysia adalah yang paling rendah
di
rantau ini.Kemudian mereka membandingkan harga minyak malaysia dengan

hargi minyak di Thailand , Singapore , Filipina dan vietnam.Persoalan

sekarang apakah asas perbandingan tersebut sedangkan negara negara

tersebut bukan pengeluar minyak?


Ok, disini fakta yang semua orang kena tahu.Pertama sekali sila lihat

perbandingan harga minyak malaysia dan negara negara pengeluar minyak
yang
lain:-



Negara Harga minyak seliter (dalam RM)



Malaysia RM2.70

Iran RM0.34

Venezuela RM0.16

Turkemenistan RM0.39

Arab Saudi RM0.19

Mesir RM0.81

Brunei RM 1.10 (S0.50)





Dari data di atas, membuktikan propaganda kerajaan adalah palsu dan
tidak
benar.Kesemua negara pengeluar minyak di atas, harga minyak adalah di

bawah RM1.10 seliter.Ada sesetengah alasan mengatakan keluaran minyak
kita
tak sebanyak arab saudi yang mengeluarkan sejuta tong sehari.Menurut

kerajaan, pengeluaran minyak kita adalah dalam lingkungan 700 ribu tong

sehari.Oleh itu kalau berdasarkan ratio pengeluaran minyak antara arab

saudi dan malaysia 1 juta : 700 ribu, sepatutnya harga minyak malaysia

dalam lingkungan RM0.30 sen sahaja.Kenapa arab saudi boleh kekalkan
harga
minyak pada 0.19 sen seliter tapi malaysia pada 2.70 sen?Bukan kah jauh

bezanya?Bagaimana pula dengan venezuella yang jumlah penduduk hampir
sama
dengan malaysia boleh kekalkan harga minyak pada 0.16 sen seliter

sahaja?Ini menunjukkan ada sesuatu yang tak kena dalam menguruskan
hasil
minyak dalam negara.



Ketika dato seri anwar ibrahim menjawat jawatan menteri kewangan
malaysia
pada tahun 1991-1998, harga minyak di kekalkan pada 1.10 sen

seliter.Bagaimana beliau boleh mengekalkan harga minyak selama lapan
tahun
sedangkan harga minyak dunia naik mendadak ketika perang teluk di

iraq?Pada masa yang sama juga pembangunan dan projek projek banyak juga
di
jalankan dalam negara tanpa perlu naikkan harga minyak.Tapi pemimpin

kerajaan beri alasan untuk naikan harga minyak supaya duit tersebut
dapat
tampung projek pembangunan. Masalah sekarang projek pembangunan untuk

faedah siapa?Rakyat atau kroni?Berepa kerat orang yang dapat faedah
dari
koridor pembangunan di sana sini?



Subsidi minyak yang di tanggung kerajaan mencapai 35 billion

setahun.Barisan Nasional bersungguh sungguh untuk mengurang kan subsidi

minyak ini kerana kalau harga minyak tidak di naikkan dengan segera
ianya
akan mengganggu peruntukan kerajaan bagi membangunkan koridor koridor
di
seluruh negara yang bernilai ratusan billion.



Yang orang asyik berhujah ialah harga minyak perlu di naikkan kerana
harga minyak dunia telah naik.Ada yang mengatakan ia masalah global.So
yang kita
kita fikir ialah kenapa nak risau tentang harga minyak dunia yang

melambung naik kerana sepatutnya sebagai negara pengeluar minyak,
malaysia
seharusnya gembira kerana bila harga minyak dunia naik, pendapatan

petronas jadi berlipat ganda.So apa masalahnya?Walaupun malaysia ada

mengimport minyak dari luar untuk kegunaan tempatan, tapi bila dah net
off
dari pendapatan export, masih untung besar lagi.



Adakah negara akan bankrupt kalau turunkan harga minyak??



Sudah tentu tidak.Sila lihat statistik di bawah:-



Allocation untuk mega projek:-



Koridor utara : RM17.5 billion

Koridor timur : RM112 billion

Wilayah iskandar :RM47 billion

Koridor sabah :105 billion

Koridor Serawak :107 billion



Bila kerajaan membuat pelan untuk pembangunan projek di atas, sudah

tentulah kerajaan mempunyai wang yang banyak.Jadi, jika kerajaan sanggup

membelanjakan ratusan billion untuk projek pembangunan seperti di atas

yang hanya boleh di manafaatkan oleh segelintir rakyat sahaja, kenapa
nak
tampung subsidi 35 billion setahun pun tak mampu?Mana yang lebih

penting?Mana yang perlu di utamakan?Kebajikan rakyat atau projek mega?



Bila menteri menteri beri komen tentang ekonomi, semuanya berkata yang

bagus bagus, tapi bila bercakap soal subsidi minyak, dah cakap lain

pulak.So kalau Dato najib kata turunkan harga minyak akan buat negara

bankrup,bagaimana projek ratusan billion di atas? Tak bankrup kah
negara
dengan projek ratusan billion tersebut?Perlu di ingat bahawa di samping

pendapatan hasil petroleum, negara juga mempunyai hasil dari sumber
lain
seperti getah, sawit, taxation, balak dan lain lain.Pendapatan tahunan

negara kalau di ambil kira harga minyak yang melambung naik bakal
mencecah 200 billion setahun.Dari jumlah tersebut susah sangat ke nak
sumbangkan 50
billion untuk beri subsidi pada rakyat?



Kepada pengundi pengundi semua tepuk dada tanya selera.
















Ni korang compare ngan Turkmenistan .

Oil - production: 196,700 bbl/day (2005 est.)

GDP - per capita (PPP): $9,200 (2007 est.)

https://www. cia.gov/library/ publicat. ..s/tx.html# Econ



Ni Malaysia punya

Oil - production: 751,800 bbl/day (2005 est.)

GDP - per capita (PPP): $14,400 (2007 est.)

https://www. cia.gov/library/ publicat. ..s/my.html# Econ
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

harga baru minyak.... Empty Re: harga baru minyak....

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum