HardcoreRiderzCommunity.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah

3 posters

Go down

Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah Empty Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah

Post  mafia555 Thu Jul 03, 2008 12:09 pm

7 'C' yang boleh menyebabkan lelaki hilang minat atau benci kepada seseorang wanita.

1. Comot
Terdapat wanita yang cantik tetapi comot. Comot yang dimaksudkan ini boleh melibatkan wajah seseorang wanita itu, penampilannya yang selekeh, kerja yang dilakukannya serta tindak-tanduknya.

2. Cerewet
Kata ulama hati wanita terletak di mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya.

3. Cemburu Cemburu perlu dalam sesuatu hubungan. Tetapi wanita yang terlampau cemburu sehingga pasangannya merasa terkongkong akan membawapadah kepada perhubungan mereka. Ini memandangkan lelaki akan merasakan dirimereka tidak dipercayai.

4. Cuai
Kebiasaan lelaki tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa. Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam tiga tetapi pada masa yang ditetapkan isteri masih sibuk bersiap, ini akan membuat mereka benci kerana situasi itu.

5. Celupar
Menurut Dr. Fadzilah, wanita yang cantik akan kelihatan hodoh jika mulutnya celupar.

6. Cabul
Cabul di sini membawa maksud keji dan segi perangai sehingga seseorang wanita itu langsung tidak ada malu. Misalnya bergaul bebas dengan lelaki-lelaki yang bukan muhrimnya tanpa menghirau batas pergaulan itu.

7. Cabar
Lelaki mempunyai ego mereka yang tersendiri. Oleh itu mereka tidak suka dicabar terutama sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki tidak rasa tercabar. Misalnya mencabar dengan kata-kata seperti, saya cabar awak... ... ..

8G pada lelaki yang dibenci oleh wanita

1. Garang Garang tak bertempat, suka mencarut, suka cari gaduh, cakap kasar, suka marah2 tak bertempat, silap sikit tak boleh.. macam ler dia betul semua, atau seumpamanya.

2. Ganas Kaki pukul, dengan perempuan pun nak tunjuk kuat sebab perempuan bukan lawannya.

3. Gementar Takut sangat, tak yakin diri sendiri, tak percaya kebolehan diri, bergantung pada orang lain dan seumpamanya.

4. Gabrah Tak boleh/pandai buat keputusan sendiri, ikut pendapat perempuan aje, dan sebagainya.

5. Gentleman tiada Langsung Tak gentle, pentingkan diri sendiri, ambil kesempatan dan sebagainya.

6. Gerumal
Bahasa kedah-bohong atau tipu.

7. Ganggo
Keterlaluan Lembut sangat, pemalu sangat, pendiam sangat, macho sangat dan seumpamanya.

8. Gatal
Miang keladi dengan perempuan lain selain dengan isteri sendiri.
mafia555
mafia555
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 51
Age : 44
Location : KL
Job/hobbies : tengok motor
Registration date : 2008-06-26

Back to top Go down

Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah Empty Re: Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah

Post  daeim Fri Jul 04, 2008 9:59 am

aduhh....mcm2 la si mafia nie...nak kena baca panjang n byk2 la plak...anyway...good info gak..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 59
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah Empty Re: Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah

Post  eazybuG Fri Jul 04, 2008 2:59 pm

Tak pa.....tak pa, boleh dikatakan ilmiah jugak tu... Very Happy
eazybuG
eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 1324
Age : 53
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.
Registration date : 2008-01-07

Back to top Go down

Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah Empty Re: Wanita 7C Lelaki 8G ---- balance dah

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum