relaks jap

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Go down

relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:36 am

BINI DAPAT TAHU
Seorang lelaki bercerita pada sorang temannya.
"Dulu aku ada segalanya. Wang,rumah besar,kereta -
malah,aku juga ada wanita yang cantik.
Sekarang dlm skelip mata,semuanya dah hilang"
"Oh kesiannya.Apa yang berlaku?Kau diisytihar bankrap ke?"
tanya si teman penuh simpati.
"Ah..tak lah. Bini aku dpt tau...."



HUKUMAN MATI
Seorang warden penjara cuba untuk menghiburkan tahanan penjara
yang akan menjalani hukuman mati di atas kerusi elektrik,
gilirannya akan tiba sebentar nanti.
"Jangan takut. Daya voltannya sangat tinggi, lagi pun semuanya
terjadi dalam masa yang sangat singkat," warden berkata.
Kebetulan pula dari kejauhan terdengar laungan kesakitan
yang amat luar biasa kuatnya dan perpanjangan.
"Saya pergi ke sana sebentar untuk melihat," katanya.
Tidak lama kemudian, warden tersebut kembali. Dengan
selamba dia berkata, "Tak ada masaalah yang berlaku, cuma
masalah teknikal sahaja. Sekarang elektrik terputus, jadi
mereka gunakan LILIN sebagai gantinya, itu sajaaaaa..."

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:36 am

TIDAK PERNAH BERI SUMBANGAN
Di sebuah kampung, seorang penghulu mendapati salah seorang
penduduk kampungnya yang bernama Lamin tidak pernah membayar
tuntutan bulanan kampung. Lamin memang terkenal dan merupakan
salah seorang yang terkaya di situ. Penghulu mengambil keputusan
untuk berjumpa dengannya.
Tok Penghulu: Selamat pagi Encik Lamin.
En Lamin: Selamat pagi, ada apa pagi-pagi datang ke mari Tok...?
Tok Penghulu: Begini, saya telah mendapati bahawa hanya
Encik Lamin seorang sahaja yang tidak pernah menyumbang untuk
kampung kita. Encik Lamin ni kan seorang yang kaya dan berjaya,
saya raya tiada masalahnya untuk sumbangan yang begitu kecil bagi
kemajuan kampung ini.
En Lamin: Adakah tok tahu ibu saya sedang sakit dan memerlukan banyak wang untuk mengubatinya?
Tok Penghulu: Waduh, kalau begitu...saya tak tau plak..
En Lamin: Tok tau tak saudara saya seorang veteran perang yang
kudung serta buta dan memerlukan biaya perubatan?
Tok Penghulu: Kalau begitu, saya minta maaf.
(sebelum tok penghulu selesai meminta maaf, En. Lamin
memotong dan menambah)
En Lamin: Tok tau tak suami kakak saya sudah meninggal
dan dia meninggalkan isteri dan 3 anaknya tanpa harta dan warisan?
Tok Penghulu: (sekali lagi tok penghulu cuba untuk meminta maaf).
En Lamin: Jadi, pendek kata mereka pun tak pernah saya bagi
sumbangan. Inikan pula nak bagi sumbangan untuk tok.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:38 am

MENANG LOTERI RM3 JUTA
Seorang lelaki bergelar suami pulang ke rumah dan memanggil
isterinya secara tiba-tiba.
Suami: Sayang, cepat kemaskan beg awak!
Isteri: Kenapa?
Suami: Abang baru menang loteri 3 juta ringgit.
Isteri: Wah, bagusnya! Abang nak saya kemaskan beg untuk
bercuti ke mana? Kita hendak naik kapal mewah atau bercuti
keluar negara bang?
Suami: Suka hati awaklah. Saya tak peduli ke mana awak
hendak pergi. Yang penting, awak seorang yang keluar dari rumah ini!


TIDAK SUKA PERANG
Pada suatu pagi, seorang guru sejarah bercadang mahu
mengajar mengenai peperangan berlaku. Guru tersebut
bertanyakan kepada para pelajarnya sama ada mereka
menggemari peperangan atau mahukan keamanan.
Kesemua pelajar bersetuju bahawa mereka lebih sukakan keamanan.
"Ada sesiapa diantara kamu yang bole memberikan sebab
kenapa kamu bencikan peperangan?" tanya guru tersebut.
Seorang pelajarnya mengangkat tangan dan bangun.
Guru itu memandang pelajarnya dengan penuh minat
untuk mengetahui jawapan pelajar tersebut.
"Saya bencikan perang, sebab peperangan akan
membentuk sejarah. Sedangkan saya tidak sukakan
mata pelajaran sejarah" jawab pelajar itu.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:40 am

Alkisah ada seorang berkelana telah singgah ke satu gerai. Dikaunter gerai tersebut telah tertera "Promosi Syurga & Neraka". Maka si kelana tersebut pergi la ke kaunter utk mendapatkan penjelasan lanjut.

Apabila menghampiri kaunter tersebut beliau disapa oleh penyambut tetamu yang terus menyampaikan promosi tersebut. Kelana tersebut pun minta utk ditunjukkan keadaan neraka & syurga maka beliau dibawa menyaksikan dahulu keadaan neraka. Dilihatnya penghuni neraka sedang meminum arak, melakukan zina & perkara2 lain yg mengasyikkan. Manakala di syurga beliau lihat penghuninya tekun beribadat......yang pada pandangan beliau sungguh membosankan.

Beliau meminta utk mendapatkan pakej neraka yg pada pandangan beliau sangat menarik. Kerani kaunter telah mengingatkan bahawa apa bila pakej dipilih, setelah mati tak boleh ditukarganti. Si kelana tetap memilih neraka.

Diakhir hayatnya apabila kelana mati beliau terus ditempatkan ke neraka. Alangkah terkejut beruknya beliau kerana apa yang beliau hadapi adalah berbeza sekali dimana dilihatnya penghuni neraka sedang disiksa.....beliau terus berpatah semula dan bertanya kenapa tak sama dgn neraka yg dilihatnya dahulu....

Penyambut tetamu pun menjawab...ohh...itu cuma promosi sahaja......lagi pun tempoh promosi dah tamat....


Dalam sebuah pertunjukkan lawak, sekumpulan pelawak terkenal membuatkan seluruh dewan gamat dengan gelak ketawa. Penonton tidak henti-henti ketawa sebaik anggota kumpulan itu muncul hinggalah selesai persembahan.

Bagaimanapun, dalam keriuhan itu terdapat seorang wanita yang hanya mendiamkan diri seolah olah tiada apa yang menggelikan hatinya. Bahkan sikap berdiam diri wanita ini membuatkan penonton lain kehairanan. Oleh kerana merasa tidak puashati... seorang gadis segera bertanya kepada wanita tersebut sebaik saja persembahan pelawak2 itu selesai.

"Apakah persembahan mereka tidak kelakar? " tanya seorang gadis kepada wanita itu.

"Sungguh kelakar," jawab wanita itu singkat.

"Tetapi kenapa kakak tidak ketawa? Apakah kakak sakit gigi? "tanya gadis itu lagi.

"Tidak...", jawab wanita itu.

"Kalau begitu, apakah alasannya yang buat kakak tak mahu ketawa", gadis itu masih tak berpuashati.

"Habis, kau ingat elok sangat ke mentertawakan suami sendiri di khalayak ramai? " getusnya.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:41 am

MAKCIK DARI KAMPUNG
Pada suatu hari, seorang Makcik Minah datang ke Kuala Lumpur
untuk kali pertama untuk berjumpa anaknya yang menetap di situ
dan berkahwin dengan orang kaya setelah mencanangkan kepada
orang-orang kampung. Dia turut membawa rakannya Bibah. Oleh
kerana hari telah lewat malam, dia 'check-in' di sebuah hotel
mewah semata-mata mahu menunjuk kepada Bibah dan seorang
pelayan membawakan begnya menuju ke bilik penginapan Makcik Minah.
Makcik Minah dengan girangnye mengikuti langkah-langkah pelayan
itu dan ketika pelayan tersebut menutup pintu, Makcik Minah
melihat ke sekeliling. Beliau tiba-tiba menjadi marah lalu
berkata kepada pelayan tersebut.
"Eksekius mi. Cik jangan ingat makcik datang dari kampung,
tak tahu duduk di hotel. Sudah bayar ratus-ratus, cik bagi
saya bilik ini pula. Kecil, tak ada TV, tak ada almari,
apa pun tak ada. Katil nak tidur pun tak ada. Hei jangan nak
tipu orang la," Makcik Minah memaki hamun pelayan tersebut
kononnya untuk menutup malu pada Bibah.
Lalu pelayan itu pun menjawab, "Sabar makcik, ini baru lif..."

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:41 am

UBAT SAKIT KEPALA
Seorang bos masuk ke pejabat dalam keadaan sakit kepala.
Seorang pekerja memerhati keadaannya, lalu bertanya,
"Kenapa bos? Nampak macam sakit sahaja?"
"Yalah Semaun, kepala aku ni sakit sangat!" kata bos.
"Dua hari lepas saya pun sakit kepala juga bos.
Tapi bila balik, isteri saya bawa ke katil, peluk dan
mencium saya. Lepas itu kami bercumbuan. Habis saja kami
bercumbu, sakit kepala terus hilang. Saya rasa bos pun
patut buat macam tu juga," terang Semaun.
"Betul ke? Kalau macam tu, mari kita jumpa isteri engkau sekarang!!!"

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:42 am

PENUMPANG DEGIL YANG *****
Seorang gadis manis berpakaian seksi dan berambut
perang selamba duduk di kelas pertama sebuah kapal
terbang yang akan berlepas ke Labuan. Seorang pramugari
menghampirinya, lalu menyapa,
"Cik, tiket cik untuk kelas ekonomi, tempat duduk cik di belakang sana."
Eh, awak siapa nak paksa saya duduk sana, duduk sini,
gadis secantik saya tak layak duduk di sana,
nanti orang tak nampak saya, faham tak??"
herdik gadis seksi dalam suara meninggi sambil berdiri.
Kecewa dengan sikap penumpang itu, pramugari itu memberitahu ketuanya.
"Cik kena pindah ke kelas ekonomi juga kerana tempat
duduk ini untuk penumpang lain," pujuk ketua pramugari.
"Awak ni lagi satu. Takkan sana nak duduk di belakang.
Tengok oranglah!!!" katanya.
Ketua pramugari tiada pilihan, terpaksa memberitahu
kapten yang kemudian membisikkan sesuatu ke telinga
gadis tersebut. Beberapa ketika kemudian, gadis itu
bangun dan menuju ke kerusinya yang betul.
"Apa kapten bisikkan pada gadis itu?" tanya
pramugari hairan bagaimana begitu mudah masalah dapat diselesaikan.
"Saya beritahu dia, kelas pertama tak mendarat di Labuan," jawab kapten.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:48 am

pak kasim seorang yg tamak harta.. dia menawarkan anak dara suntinya yg cun melecun kepada golongan yg kaya raya sahaja.. suatu hari datang la seman, seorang usahawan muda ingin melamar anak pak kasim. beliau cukup sifat tanpa cacat cela tetapi beliau malas solat. setelah 3 hari berkahwin.. seman masih duk kat umah mentuanya. setelah azan maghrib berkumandang..pak kasim mengajak seman utk solat maghrib berjamaah. seman gelabah.. sebelum ini dia tak pernah solat. lalu seman masuk ke bilik untuk menemui isterinya. "yang.. camner ni.. abg tak penah solat ni" "takpe bang.. abg ikut je ape yg ayah buat" isterinya berbisik perlahan.. seman pun keluar untuk solat bersama pak kasim. setelah pak kasim takbir.. seman ikut takbir...lalu pak kasim membaca surah alfatihah.. "bismillahirrahmanirrahim..." seman pun turut membaca bismillah dengan lantang... "bismillahirrahmanirrahim..." aisyh! pelik menantu aku ni. mazhab mana yg dia ikut? setahu aku imam je yg baca kuat.. getus hati pak kasim.. pak kasim buat selamba. dia terus membaca surah al-fatihah. seman pun turut membaca surah al-fatihah dgn kuat seolah-olah seorang budak yg baru nak belajar mengaji. pak kasim pelik.. lalu dia terus berpaling ke belakang utk melihat seman. seman turut berpaling ke belakang kerana mengikut gerak langkah pak kasim. "ish! gila ke menantu aku ni??" pak kasim berjalan ke depan utk menjauhkan diri dari seman. seman turut berjalan ke depan mengikut langkah pak kasim. pak kasim terus melarikan diri melalui pintu depan dan terus menuju ke sawah di tepi rumahnya. seman terus berlari mengejar pak kasim sampai ke tepi sawah. tiba-tiba pak kasim tergelincir lalu jatuh ke dalam sawah padi. seman pun turut menjatuhkan badannya ke dalam sawah seolah-olah tergelincir. pak kasim pun terus bertanya kepada seman. "seman. apesal yg ko ikut aku sampai ke sawah ni?" "ayah.. susah ye nak solat maghrib ni. baru saya tau. sampai kena berlari.."

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:49 am

KENCING MASAM LEBIH TERUK
Pada suatu hari di Hospital Kota Bharu, Kelantan,
seorang lelaki berusia lingkungan 70-an sedang
menunggu untuk mendapatkan rawatan. Di sebelahnya
duduk seorang lelaki muda juga dengan tujuan yang sama.
Lelaki muda menyapa, "Pok cik ni sakit gapo?"
"Kecing manih. Lamo doh."
Tiba-tiba kakitangan hospital kelihatan cemas dan
mengusung masuk seorang pesakit yang tidak sedarkan diri.
Pak cik tua tersebut bertanya orang muda di sebelahnya,
"Tu bakpo pulok?"
"Kecemase"
"Oohh rupanya kecing mase lebih teruk dari kecing manih."

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:50 am

"Cara² nak handle HANTU

Pocong
Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu rana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu.



Langsuir
Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu.

Pontianak
Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring.

Hantu Raya
Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh,suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.

Hantu Galah
Hantu ni la yang paling tinggi di muka bumi. Kalau terjumpa dia, kita hendaklah meniarap. Pasti dia tak perasan kita ada disitu.

Jerangkung
Dia ni ada kulit tapi nipis. Tinggal rangka saja, dan paling mudah untuk menewaskannya. Kita hanya perlu tunjal dahinya dengan telunjuk dan lihat gerak-gerinya mengimbangi badan untuk berdiri tegak.

Toyol
Lagi senang kalau nak kalahkan dia, bagi duit satu sen berguni-guni..nanti dia ingat duit emas, lepas tu dia pikul bawak balik bagi tuannya. lepas tu sah-sah lah dapat penampau Jepun dari tuannya kerana mana nak tukar duit satu sen banyak tu.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:53 am

Ayam vs Kambing

Kambing dan ayam adalah kawan baik. Mereka berkawan sejak mereka baru dilahirkan lagi.

Pada suatu hari,ayam telah menghiaskan dirinya dengan
menyangkut manik-manik yang berkilauan pada setiap helaian bulunya.

Tajinya diasah sehingga berkilauan dan berjalanlah ia menuju ke kediaman kambing.

Tiba di kediaman kambing, ayam pun menyapa sahabatnya itu.

Ayam : Kambing, pekabo?

Kambing: Baik. Wah,ayam. Bukan main lagi kau. Kau nak ke mana hensem-hensem ni.

Ayam: Takde ke mana. Sesajalah nak tengok riaksi engko.

Kambing: Tapi kan ayam, macam mana pun ko berhias, ko jalan tetap kaki ayam, kan?

Ayam: Ko kutuk aku ye. Ko pun apa kurangnya.

Kambing: Apa?

Ayam: Nampak macam alim. Bela janggut. Tapi telur nampak...




Salah Faham
Ada dua org anak kembar. namanya tam dan toni.mereka sudah dewasa dan telah beristeri. Tam mempunyai sebuah perahu yg sangat usang.Kebetulan suatu hari isteri Toni meninggal ketika menaiki perahu Tam. Beberapa hari kemudian seorang wanita tua berjumpatam, dan secara tidak sengaja menyangkanya Toni yg barukehilangan isterinya. Wanita itu berkata kpd Tam ” saya turut bersedih atas kehilangan yg anda rasakan.Tentu anda merasa sedih. “Tam yg menyangka bahawa wanita itu bercakap tentang perahu menjawab, “tak apalah, sebenarnya memang dah lama saya ingin membuangnya… ..dah tua,lagipun memang tak berapa menarik sejak pertama kali melihatnya. Bahagian bawahnya sudah lapok dan berbau busuk. Bahagian buntutnya dah teruk , lubang bahagian depannya pun dah sangat lebar. Setiap kali aku menggunakannya, lubangnya bertambah besar dan bocor. ” saya rasa yg paling merosakkanya ialah semasa saya meminjamkannya kepada 4 org kawan. Saya sudah ingatkan kawan2 keadaannya sudah tidak berapa baik. Tapi mereka masih juga mahu menggunakannya. Mereka berempat cuba masuk ke ke dalam serentak dan akhirnya ia terbelah ditengah2. Mendengar kata2 itu wanita tua itupun pengsan… .. huhuhu…

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 9:57 am

Suatu hari, sebuah bas kilang yang memuatkan pekerja wanita sahaja sedang menuju kilang kayu yang terletak jauh dari kawasan kampung. Dalam perjalanan tu..mereka terpaksa melalui kebun getah yang sangat luas..

Nak di jadikan cerita..ada seorang mamat kat tepi jalan menahan bas tersebut..nak mintak tumpang..jadi bas tu pun berhenti la... Tetiba..lebih kurang 6 orang perompak keluar nak merompak bas tersebut..

Sorang perompak berkata..
" Keluarkan dan bagi semua barang kemas yang korang ada..!!Cepat..!!"

Sorang pekerja kilang tu membalas..
" ..tapi..kami tak bawak barang kemas kalau gi keja..duit pun sikit je.."

Perompak berfikir seketika..
"Ha..gini la..sebab korang takder brang kemas & duit..kami rogol korang SEMUA..ahahhaa.."

Pekerja kilang yang muda berkata..
" Alalaa...takkan la makcik yang kat belakang tu nak rogol jugak..tak kesian ker.."

Tetiba..makcik tu berdiri..
" Weh..ko nie..tak paham ker..kalau dia cakap SEMUA..SEMUA la.."

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 10:01 am

Sorang taukeh kedai restoren sedang mengira pinggan mangkuk di kedainya...

- 13 mangkuk pecah

- 5 mangkuk retak

- 2 mangkuk hilang





DAN....

- 1 mangkuk hayun sedang baca topik ni.....

daa...pegi buat keje.....takde keje lain ke 2...asyik tgk pc je ekekekekeekekeke

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Mon Jul 27, 2009 10:02 am

kisah ini d alami oleh seorang guru yang baru posting di sebuah kampung di sekitar temerloh kira-kira 5 tahun yang lalu. beliau yang baru posting telah ditugaskan untuk mengajar matematik di salah sebuah sekolah rendah..(nama sekolah, guru dan tempat d rahsiakan). suatu hari ketika hampir sebulan lagi upsr hendak bermula guru tersebut telah membuat latihan ulang kaji dalam kelas tahun 6 yang di ajarnya. Selepas mengajar guru tersebut akan mendapatkan response dari murid2nya samada faham ataupun tidak faham apa yang diajarkan olehnya...berikut ialah perbualannya dengan murid2nya pada suatu hari jumaat:

guru : ok murid2...jelas tak formula yang cikgu ajarkan tadi?

Semua murid : jelas cikgu...(kecuali sorang murid)

Udin : tak faham la cikgu!

guru : hei kamu ni udin....dah berkali2 saya terang n ajarkan..ngapa la kamu sorang jer yang masih tak faham-faham ni...susah sangat ke nak masuk ilmu ni ke dalam kepala kamu tu?

udin : (dengan tetiba menadah dua tanganya cam orang berdoa dan terus meludah ke tapak tangannya) ptuih..! ptuih! ( selepas itu terus melumurkan air liur yang ditadah tadi ke atas kepalanya...sambil tersenyum..

guru : (tercengang2 kehairanan )ape hal kamu ni udin..main kotor ni ..

udin : ( selamba ) malam tadi kan cikgu saya ader dengar mak cakap kat ayah kalau payah nak masuk amik air liur sapu atas kepala...

cikgu : senyum bodo lalu keluar kelas

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  daeim on Mon Jul 27, 2009 1:55 pm

kecemase..!! ekekeke..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Thu Aug 06, 2009 9:43 pm

kantoi......

Dalam satu neighbourhood nie…… bermulalah satu cerita dimana isteri
jiran sebelah ni jatuh cinta dengan suami jiran sebelah. Jadi…..korang
faham-fahamlah apa yang diorang buat kat rumah si isteri tuh. Tak
disangka-sangka, suami si isteri ni pulang awal dari kerja hari tu.



Maka, kelam-kalbutlah si isteri dengan boyfriend dia tu bersurai.
Walaubagaimanapun, suami jiran sebelah tu dah tak sempat lagi keluar ikut
pintu belakang.Si suami jiran ni pun bagi idea kat si isteri.
Lalu si isteri berlari dengan pantas ke bilik untuk mengambil baby oil
dengan bedak badan lalu disapunya baby oil pada badan boyfriendnya.

Setelah itu, diletakkan pula bedak badan pada badan boyfriendnya sehingga
keseluruhan badan boyfriendnya itu kelihatan putih melepak. Lalu
boyfriendnya pun berdiri di salah satu sudut rumah dan meng’freze’kan
dirinya supaya kelihatan seperti patung. Setelah melalui saat yang genting
itu, si isteri pun membuka pintu kepada suaminya yang sudah sekian lama
mengetuk pintu. Si suami tercengat seketika apabila ternampak ‘patung’ itu
lalu bertanya kepada isterinya,

” aik??!!…..dari mana pulak datangnya patung nih??”

“oooo….. patung tuuu. Patung ni saya order dari katalog mak cik sebelah.
Baru je sampaitadi.” jawab si isteri selamba.

“ooooooo…..begitu.” balas si suami.

Tepat pukul 3 pagi, tanpa mengejutkan isterinya, si suami keluar dari bilik
tidur lalu menuju ke dapur. Kelihatan ‘patung’ tu masih berada dalam keadaan
asalnya tanpa sebarang perubahan. Setelah tiba di dapur, si suami membuat
sandwich lalu meletakkannya di atas trey menghidang bersama segelas susu.
Setelah itu, si suami mengangkat makanan itu lalu berdiri betul-betul di
hadapan ‘patung’ itu lalu berkata, “nah….makanlah.”. Si ‘patung’berasa
amat terkejut dan takut kalau-kalau si suami mengetahui hal sebenarnya.

Dengan selamba, si suami berkata,” aik??!!! tak nak??? orang dah bagi
makanan ambik la! Saya ni kira baik la…..Tak macam awak……….dulu,
tiga hari tiga malam saya jadi patung kat rumah awak, jangankan
makanan……….segelas air pun awak tak bagi!!!!!!”

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Thu Aug 06, 2009 9:45 pm

Service Charges

Seorang lelaki membawa kekasihnya pergi berjalan-jalan jauh dari bandar dan tiba-tiba lelaki itu memberhentikan kereta nya disuatu tempat yang sunyi...

Lelaki itu memandang kekasihnya dengan pandangan yang mengoda...Tiba-tiba kekasihnya bersuara. "Sayang, sebenarnya I sepatutnya bagitau u awal2..I sebenarnya pelacur..so kalau u nak...u kene bayar..sekali RM50"..

Lelaki itu merenung kekasih nya yang seksi itu..lalu tanpa bicara menghulurkan RM50 kepada kekasihnya itu..Lalu mereka pun melakukannya...

Setelah selesai...Lelaki tersebut hanya menghisap rokok dan merenung ke luar tingkap kereta..Setelah beberapa ketika..Kekasihnya bersuara "Sayang...takkan kita nak lepak sini je..jom la kita balik ke bandar.."..Lalu lelaki itu pun menjawab.."Sebenarnya dah lama I nak gtau u awal2 yang I ni driver teksi...kalau u nak balik..u kena bayar i RM60.."..

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  daeim on Fri Aug 07, 2009 3:43 pm

mcm2 pe'el drebar teksi zaman sekarang nie yer...hehehehe....

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  Mucup on Fri Aug 07, 2009 4:20 pm

daeim,mu x nak jadi drebar teksi p/time ker.. Laughing Laughing

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  daeim on Fri Aug 07, 2009 4:22 pm

hehehe..xnak arr..nanti kena pau lak..isau aku...x sempat nak isap okok lak..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Sat Aug 08, 2009 9:46 am

suami..isteri dan dot dot dot

Ini kisah pasal sepasang suami dan isteri orang asli yang tinggal di dalam hutan. Rumah dorang ni dibina di atas pokok... 2 tingkat lagi tu. Si suami kerja nya mencari makanan di hutan, sama ada dengan pergi berburu ataupun memetik buah-buah hutan. Si isteri pula tinggal mengemas dirumah.

Suatu hari, Si suami pergi mencari makanan dihutan. Sedang
mencari-cari.. tiba-tiba dia terjumpa cermin. Dia pon bawak balik cermin tu dan disimpankan cermin tersebut di tingkat atas rumahnya tanpa pengetahun isterinya.

Setiap hari sebelum pergi keluar mencari makanan, dia akan masuk ke bilik dan melihat cerminnya. Sehinggalah satu hari, si isteri naik pelik melihat telatah suaminya tu..

Maka disiasatlah bilik yang selalu dimasuki oleh suaminya..
bimbang-bimbang kalau suaminya menyimpan perempuan lain di bilik tersebut tanpa pengetahuannya..

Dan punyalah terkejut beruk.. dia masuk je bilik tu.. di ternampak cermin suaminya. Oleh kerana si isteri ni taktau cermin tu apa.. so, dia ingat orang dalam cermin tu memang perempuan simpanan suaminya.

Apa lagi.. habis berlari dan meraung menangisla dia cari mak nya..

Lepas berjumpa dengan maknya.. mak dia cakap nak lihat sendiri
perempuan yang kononnya disembunyikan oleh suaminya tu..

Lalu maknya pon masuk ke bilik tersebut.

Kemudian keluar dari bilik tersebut sambil ketawa terbahak-bahak..

Isteri: Apsal mak ketawa?..
Mak: Apa teruk benor selere suami ko tu.. kalau ye pon nak kawin lain.. carik la perempuan yang elok sikit.. Ini tak.. aku tengok perempuan kat bilik tu.. dah la tua.. hodoh pulak tu.. macam gampang lak muke die

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  antu_ride on Sat Aug 08, 2009 5:11 pm

Very Happy Very Happy

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Sun Aug 09, 2009 9:43 pm

toyol yang tolol

Razak terpaksa ditugaskan keluar kota. Beliau menyewa sebuah banglo
usang yang telahlama tidak berpenghuni. Pesan beliau pada isteri dan
anak-anak,
dalam tempoh seminggu beliau akan pulang mengambil mereka untuk
tinggal
sekali dengan beliau di banglo tersebut.

Pada suatu malam,malam pertama,Razak terdengar riuh rendah di dapur.
Dengan beraninya beliau menjenguk dan alangkah terkejutnya beliau
mendapati
seekor toyol yang sedang lahapnya menjamu apa sahaja makanan di dapur.

Lantas,beliau membaca ayat-ayat yang pernah beliau pelajari dan dengan
tiba-tiba toyol itu terketar-ketar memohon maaf padanya.

Toyol : Maafkan aku..aku lapar.
Razak : Takperrr..aku maafkan tapi dengan syarat.
Toyol : Apa dia? Aku rela penuhi syarat engkau asalkan aku boleh
makan.
Razak : Syarat pertama, engkau jangan ganggu anak isteri aku nanti.
Toyol : Alahhhhh...kacang ajer.
Razak : Dan yang kedua..aku memang boleh bagi engkau makan yang
sedap-sedap tapi engkau kena bereskan satu tugas..
Toyol : Apa tugasnya?
Razak : (Sambil memusing badannya ke belakang dan mencabut seurat
bulu ketiaknya) Nah...aku nak engkau luruskan bulu ini..selagi ianya
tak
lurus selagi itu engkau tak boleh makan.
Toyol : Alahhhhh...lagi kacangggggg.....

Sejak malam itu,setiap saat dan ketika si toyol berkenaan menjalankan
tugas yang diberikan. Saat berganti jam berganti hari, namun bulu
tersebut
tak jugak lurus-lurus..puas si toyol mencuba namun gagal..Sudah hampir
6 hari si toyol tidak makan..dia terlalu lapar. Namun memandangkan
takutnya dia pada 'ayat-ayat' yang dibaca oleh Razak,beliau tetap
tekun.

Pada suatu hari seperti dijanjikan,datanglah isteri dan anak-anak
Razak
tinggal bersama beliau. Si toyol patuh pada syarat pertama. Sedikit
gangguan
pun dia tidak lakukan pada isteri dan anak-anak Razak.

Pada suatu pagi, seperti biasa Razak ke tempat kerja. Tinggallah
isteri
dan
anak-anak di rumah. Si toyol begitu leka meluruskan bulu ketiak Razak
di hadapan pintu tanpa nampak dilihat oleh mata kasar anak-anak &
isteri
Razak. Hanya Razak yang mampu melihat kelibat si toyol berkenaan.
Sedang
asyik si toyol menjalankan tugasnya, tiba-tiba.. gedebokkk!!!! isteri
Razak
jatuh tersungkur di hadapan si toyol sambil kain yang dipakainya
terselak
ke
atas perut...Alangkah terkejutnya si toyol....

Toyol : Makkkkkk...mati aku...banyak lagi bulu yang nak kena lurus
daaaaaaaaa.....

Selepas kejadian itu..larilah si toyol dan tidak datang-datang lagi ke
banglo
berkenaan.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  mabukrider on Sun Aug 09, 2009 9:47 pm

1) Lubang ape yang rasanye hangat, nikmat dan nyaman?
Answer: LUBANGun pagi2, tarik selimut pas tu tido balik.

2) Minyak ape yang disukai oleh lelaki?
Answer: MINYAKsikan pertandingan bolasepak Liga-M

3) Kuih ape yang bungkusnya di dalam, isinya di luar?
Answer: Kuih salah bikin. 4) Binatang ape power Karate?
Answer: Kuda belang. Cube kira brape black belt dia ade.

5) Siape yang menemukan dompet kulit?
Answer: Yang menemukan dompet kulit tersebut tolong pulangkan kepada saye.

6) Pintu ape yang walaupun dengan 10 org pun tak leh nak tolak?
Answer: Pintu yang ade tulis TARIK

7) Saya ade 3 kepala,4 tangan dan 5 kaki...siapakah saya?
Answer: Pembohong...

Cool Apa dia Jauh di mata, dekat di hati?
Answer: Usus

9) binatang tubuhnya kat kepala?
Answer: Kutu

10) Nenek sape jalannya meloncat-loncat?
Answer: Neneknye si katak

11) Knape lelaki jarang kene penyakit anjing gila?
Answer: Sbb lelaki ni kan buaya

12) Ape beza sekretari baik ngan sekretari kurang baik?
Answer:
- Sekretari baik..................Selamat pagi tuan
- Sekretari kurang baik...........Dah pagi ni tuan

13 ) Ape persamaan Michael Jordan ngan Michael Jackson?
Answer: Dua-dua tak kenal korang...hehe

15) Sape yang kalau dipanggil, diemenjenguk ke atas?
Answer: Tukang gali kubur

16) Nak mencari sikit punye susah, bile dah dapat buang, ape bendanya?
Answer: Tahi hidung dan Tahi telinga

17) Ape persamaan kain jemuran ngan telefon?
Answer: Dua-dua kalau dah kringgg bole diangkat...

1Cool Knape pokok kelapa kat depan rumah harus ditebang?
Answer: Mestilah kene tebang, sapen nak cabut pokok kelapa gile ape...

19) Gajah terbang dengan ape?
Answer: Dengan susah payah...

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  daeim on Wed Aug 12, 2009 7:55 pm

hehehe...sian gajah...bleh terbang ke tuh..?

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: relaks jap

Post  Sponsored content Today at 1:54 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 2 1, 2  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum