++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Go down

++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Tue Jul 28, 2009 4:45 pm

Kondominium tidak ada kena mengena dengan kondom.
Tetapi di kondominium kita boleh dapat banyak kondom terpakai.

Aurat dan urat adalah dua benda yang berbeza. Namun begitu, apabila melihat perempuan
yang mendedahkan aurat, urat lelaki akan krem di sesetengah kawasan.


Kuih tat enak di makan. Tapi apabila kita makan lapan keping kuih tat, kita mungikin dituduh
mencarut. Kalau tak percaya, cuba kira satu tat, dua tat, tiga tat, sampai lapan.

Laksamana adalah jawatan besar di dalam Kesultanan Melayu Melaka.
"Laksa Kedah" pula adalah contoh jawapan kalau orang tanya kita "laksa mana ni?"

Barbeque adalah makanan yang enak.
Namun begitu 'bodonya aku queue' haram dimakan oleh orang Islam.

Sesetengah orang memanggil cili sebagai cabai.
Tapi kalau mulut nak kena cabai, cuba la cakap 'c*b*i' kat depan orang tua-tua.

Membuat tauhu sumbat sungguh meletihkan.
Lebih letih lagi kalau orang lain hanya tahu nak sumbat je tauhu sumbat dalam mulut.

Si Bohsia dan Si Bohjan dipandang hina oleh masyarakat.
Namun begitu Si Boroi yang makan duit rakyat mendapat sanjungan.

Bermain bola keranjang memang meletihkan.
Bermain di ranjang juga boleh meletihkan.


Allahyarham P.Ramlee tak pernah dapat Lesen P sebab baru diperkenalkan.
Penyanyi pop yeh yeh L.Ramli mungkin pernah dapat lesen L.
Tapi Allahyarham A.Ramlie tak pernah dapat lesen A sebab tak ada.

Ramai orang lelaki takut kalau- kalau mati pucuk.
Tapi tak takut kalau-kalau mati esok

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  daeim on Thu Jul 30, 2009 5:22 pm

eheheehhe..betui betui betui

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Fri Jul 31, 2009 10:11 am

Hairan sungguh..........

1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nakmengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.

2. Walaupun kerajaan sudah berkali-kali menasihatkan pengguna jalanraya supaya berhati-hati ketika memandu, tetapi kes-kes kemalangan makin meningkat.

3. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi maseh membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.

4. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
5. Bilamana harga roti canai dinaikkan 10 sen sekeping ketika kerajaan menaikkan harga tepung 10sen sekilo.:badigol:

6. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.:jiwang:

7. Bilamasa sesuatu skandal didalam Jabatan kerajaan hanya diketahui setelah bertahun-tahun lamanya.:3some:

8. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.

9. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.

10. Bilamana mengenangkan ada orang yang boleh berjanji pada kita untuk hadhir pada sekian-sekian masa, dia akan menjelma sejam kemudian, setiap kali.

11. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!

12. Bilamasa kita nak ke Sabah dan Sarawak bagi tujuan integrasi, kita kena pakai passport, tetapi tidak bagi orang Sabah dan Sarawak pulak bila datang ke Semenanjung.

13. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!

14. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.

15. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check -in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!

16. Bila setiap kali pasukan sukan negara kita tewas dalam sesuatu pertandingan, kita akan segera membuat "post-mortem" tanpa membuat "post-mortem" keatas pegawai yang membuat "post-mortem" tu sendiri, sebab dia tak pernah tahu punca kegagalan kita.

17. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak? yang nie sebab pemandu teksi terpaksa korbankan masa tido untuk membantu orang, sebab tu dia kena caj 50% lebih.. so, tak salah rasanya Very Happy

18. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri? make sense Very Happy

19. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer. muahahaha.. hahaha.. ada betulnya gak tuh..

20. Bilamasa telah berkali-kali pegulas sukan kita telah ditegur caranya yang penuh sentimen bila mengulas sesuatu acara sukan, tapi makin menjadi-jadi pulak mengada-ngadanya.

21. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.

22. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah dimerata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.

23. Bilamasa skuad hoki negara kita sangat berpuas hati hanya dengan peningkatan permainan mereka walaupun tewas sedangkan pasukan lain berkejar-kejaran dan bermati-matian untuk mendapatkan pingat.

24. Bila FAM kita berhempas pulas untuk menaikkan nama pasukan bolasepak negara dengan menukar-nukar pemain dan jurulatih sedangkan maseh mengekal pucuk pimpinan yang lama.

25. Bila kita kenangkan bahawa kejadian UFO hanya berlaku di Amerika Syarikat dan negara-negara barat yang lain sahaja.

26. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.

26. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.

27. Apabila kita mempunyai modem yang terpantas dan membayar caj sambungan 2.5 sen seminit untuk internet, tetapi menunggu berjam-jam hanya untuk melihat gambar terbaru Siti Norhaliza keluar sikit demi sikit diskrin monitor.

28. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.

29. Bila melihat sesetengah pemandu yang tak tahu untuk menggunakan lampu isyarat apabila hendak membelok.

30. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.

31. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat motorsikal penjual roti terbalik ditepi jalan.

32. Bila kita tengok orang boleh bercinta didalam internet walau sekali pun belum pernah berjumpa.

33. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.

34. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab mamat@yahoo.com.

35. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.

36. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.

37. Apabila Jabatan Hasil Dalam Negeri memberi jaminan bahawa semua potongan lebihan akan dikembalikan kepada pembayar cukai, tetapi bila pembayar cukai memohon pengembalian, tiada jawapan langsung diterima dan lebihan tersebut diakrukan kedalam tafsiran tahun berikutnya.

38. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.

39. Bilamana budak-budak zaman sekarang sampai tak makan dan tak minum dok "chatting" dalam internet sedangkan bila suruh baca buku, terus terlena.

40. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.

41. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.

42. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.

43. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.

44. Bilamana kenaikan pangkat didalam Jabatan Kerajaan bermakna tanggungjawab bertambah 4 kali ganda dan gaji dinaikkan setakuk dari dulu.

45. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.

46. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.

47. Bilamasa orang-orang yang menganggap dirinya intelektual serta berpengetahuan IT meletakkan sedutan-sedutan biadab serta ayat-ayat lucah didalam "Guestbook" sesuatu laman web.

48. Bila orang boleh bermadu kaseh serta bersumpah setia hanya dengan berkenalan didalam "chat room".

49. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.

50. Bilamasa laman web yang menawarkan perkhidmatan percuma tetapi meminta anda mengisi maklumat kad kredit anda.

51. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doktor yang kita ni demam.

52. Apabila kita kekedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".

53. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.

54. Bilamana ada orang dapat menawarkan layanan seks dalam ruangan berkenalan sesuatu laman web.

55. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.

56. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.

57. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.

58. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang.

59. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.

60. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.

61. Bilamana mengenangkan manusia suka bergaduh tetapi Allah melarangnya.

62. Bila pembunuh terlepas dari hukuman dan yang tak bersalah dihukum.

63. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.

64. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje.

65. Bilamanan berlaku banyak kemalangan jalanraya dijalan biasa semasa musim perayaan, laluan percuma dilebuhraya tidak diberikan pada musim-musim tersebut.

66. Bilamana setiap kali rancangan WWF disiarkan, lebih ramai orang perempuan yang menunggu untuk menontonnya, tetapi tidak pula pada orang lelaki yang sentiasa tertidur.

67. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.

68. Apabila TV kita rosak satu atau dua hari selepas tempoh jaminannya tamat.

69. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu putis sekali.

70. Bilamana manusia lebih banyak suka menceritakan keburukan orang daripada kebaikan yang ada.

71. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.

72. Bilamana ramai orang lebih suka membaca majalah hiburan dari buku-buku ugama.

73. Semakin ramai mampu membeli kenderaan walaupun harganya makin
meningkat.
74. Bilamana orang yang tak pandai kerja tapi pandai mengampu boss mendapat gaji yang lebih tetapi bagi orang yang pandai kerja tapi tak pandai mengampu boss, gaji maseh ditakuk lama.

75. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.

76. Bilamana ada orang yang ilmu tak seberapa, pengetahuan cuma sejengkal, tapi maseh mampu nak berlagak sombong.

77. Bila lagu-lagu dulu yang kurang teknologi maseh sedap dan enak didengar berbanding lagu sekarang.

78. Bilamana ramai orang yang mengaku diri mereka sibuk sedangkan satu kerja pun tak pernah siap tepat pada masa.

79. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.

80. Bilamana disetiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
81. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.

82. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.

83. Bilamana pokok nangka sudah bleh tumbuh diatas pokok pisang -kesahihan perlu dikaji.

84. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (banju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha).tigershow:

85. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.

86. Bilamana ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA. ( :-?

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  daeim on Fri Jul 31, 2009 11:36 am

rasa mcm nak lekang dagu baca semua nie...hehehe

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Fri Jul 31, 2009 7:09 pm

aku ada msa nak korek benda2 mcm ni jdi aku post kan kat sini untuk tatapan HRC.... heheheh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  daeim on Fri Jul 31, 2009 7:32 pm

bagus..niat yg bagus dan benda yg bagus dan ilmiah ko dpt share dgn kawan2 kat sini...x rugi kawan dgn ko...

bkn mcm antu...kononnya ada lagi belen 42 keping la..x jugak upload nye...sembang jer laaa...nak katakan ade keje..mana org mcm dia tu ada keje...ekekeke

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Tue Aug 04, 2009 8:06 pm

1. Cuba tengok zip seluar anda, tertera huruf YKK..YKK bermakna Yoshida Kogyo Kabushibibaisha iaitu sebuah kilang membuat zip terbesar di dunia yang menghasilkan zip yang korang pakai sekarang ni..

2. bunyi (kuek) yang dihasilkan oleh itik tidak bergema dan beralun. Sehingga kini kita tidak tahu mengapa.

3. Dengan sepotong coklat boleh membunuh anjing? benar!!Coklat mampu merosakkan sistem pernafasan dan jantung anjing. Dengan ounces yang banyak mampu membunuh seekor anjing bersaiz kecil.

4. Kebanyakan lipstick yang kita pakai sekarang ni mengandungi sisik ikan yang telah diproses.

5. Pada tahun 1830, ketchup (sos tomato) digunakan sebagai ubatan dan bukannya perasa tambahan pada makanan.

6. Tiada satu pun jam di Las Vegas gambling casinos. Dengan ketiadaan jam akan melekakan penjudi penjudi dengan taruhan mereka..

7. Kerana ketangkasan Bruce Lee..pengarah terpaksa memperlahankan sedikit filem yang diambil kerana terlampau laju dan pergerakan aksinya
tidak dapat ditangkap melalui lensa kamera. Sesuatu yang agak luar biasa dari orang lain.

8. Nama sebenar rama-rama (butterfly) ialah'flutterby'.

9. Mosquito repellents atau penghalau nyamuk tidak membunuh.Sensor nyamuk hanya dikaburi dan ini menyebabkan nyamuk tidak dapat mengesan di mana mangsa berada.

10. Pakar dan doktor gigi mengesyorkanberus gigi hendaklah diletakkan sekurang kurangnya 6 kaki jauh dari tandas utk menghalang kuman berterbangan ketiki anda menggunakan flush tandas.

11. Jika nombor 111,111,111 didarab 111,111,111 anda akan dpat jawapan 12345678987654321.

12. Warna biru adalah warna kesukaan 80 peratus rakyat Amerika.

13. Tanda (#) di keyboard komputer anda sebenarnya dinamakan 'octothorp'.

14. Adalah mustahil jika anda bersin tapa memejamkan mata.

15. Seekor lipas boleh hidup selama 10 hari tanpa kepala.

16. Jika dikangkangkan kaki dan baring secara telentang, kita tidak akan tenggelam di dalam pasir jerlus.

17. Nama yang paling banyak umumnya di dunia ini ialah Muhammad.

18. Di Eropah, kebanyakan wanita Eropah tidak memakai seluar dalam sehingga ke tahun 1900 barulah seluar dalam diperkenalkan.

19. Produk pertama menggunakan bar code adalah Wrigley's gum.

20. Mexico City tenggelam sedikit demi sedikit sekitar 10 inci setiap tahun.

21. Mengikut statik dalam kehidupan, ayam adalah haiwan yang paling banyak di dunia mengalahkan manusia, kerana cara pembiakan yang berleluasa dan senang dibiakkan untuk makanan.

22. Otak akan lebih aktif ketika tidur dari ketika anda menonton tv.

23. Terdapat banyak telefon di Washington D.C mengalahkan penduduk penduduknya.

24. Untuk melepaskan dari gigitan buaya, anda perlu mencucuk matanya menggunakan jari sekuat hati. Buaya akan melepas anda serta merta.

25. Jika sebutir kecil kismis dijatuhkan di dalam segelas champagne segar, kismis tersebut akan turun ke dasar gelas dan naik semula dan turun
kembali dan seterusnya seakan dilambung-lambung.

26. Leonardo da Vinci jugamencipta gunting dan beliau menghabiskan 10 tahun untuk menyiapkan lukisan agungnya iaitu Monalisa(10 tahun untuk
bahagian bibirnya sahaja)

27. 90% dari pembaca yang membaca info ini kebanyakannya tidak tahu tentang fakta yang telah diberikan. Keajaiban fakta fakta sebegini dapat
menarik minat pembaca untuk mengetahui dari atas kemusykilan minda kita.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Tue Aug 04, 2009 8:08 pm

fakta

Ada yang mementingkan kuantiti berbanding kualiti, ada juga mementingkan tempoh masa bersama dan tak kurang juga yang mementingkan posisinya. Walaupun sikapnya berbeza tapi akhirannya sama, semua warga dunia mementingkan kepuasan. Buat pengetahuan anda, berikut ini adalah beberapa fakta seks daripada negara-negara di dunia.

Wanita Jepun jarang 'disentuh'

Walaupun canggih dan moden dalam bidang teknologi namun sayangnya dalam soal seks penduduk nya mungkin berada di kedudukan yang agak corot. Hanya 15 peratus wanita Jepun mengaku mendapat kepuasan daripada pasangan mereka. Selebih nya mengaku kurang puas kerana jarang 'disentuh'. Selain sibuk bekerja, lelaki Jepun selalunya lebih suka melayari internet berbanding bermesraan. Akibatnya 35 peratus wanita Jepun hanya dapat bermesraan dengan suami sebulan sekali.

Posisi kegemaran wanita A.S

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh University of Chicago, 33 peratus wanita Amerika Syarikat (A.S) memilih posisi missionary (lelaki di atas wanita) sebagai gaya kegemaran. Manakala posisi 'woman on top' hanya 27 peratus dan hanya 17 peratus yang mengaku senang mencuba gaya-gaya baru. Berlainan pula dengan wanita di Afrika Selatan yang selalu bersemangat untuk mencuba gaya-gaya baru. Lebih daripada separuh wanita di sana bersikap terbuka terhadap pelbagai idea untuk posisi baru.

Lelaki Mexico tidak suka terburu-buru

Kajian yang dilakukan oleh Durex Global Sexual Wellbeing Survey yang dilakukan di 26 negara mendapati satu fakta yang menarik tentang penduduk Mexico. Mereka dilihat tidak mahu terburu-buru dengan dalam hal hubungan seks. Mereka menghabiskan masa hingga 45 minit untuk hubungan intim dan tak hairanlah jika 63 peratus wanita Mexico berasa puas dengan kehidupan seks mereka biarpun begitu tak bermakna mereka yang cepat dalam aktiviti seks tidak mencapai kepuasan. Buktinya penduduk Nigeria hanya menghabiskan masa 28 minit untuk berhubungan intim dan mereka mengaku puas dengan gaya seks kilat ini.

Pasangan Brazil lakukan seks 145 kali setahun

Bagi pasangan di negara ini, walau bagaimana sibuk sekalipun, waktu untuk seks mesti diadakan. Malah seks adalah aktiviti pasangan suami isteri yang amat penting sekali. Sebab itulah kajian memperlihatkan kekerapan mereka melakukan hubungan seks mencecah 145 kali setahun. Sebaliknya pula berlaku dengan warga A.S yang dilihat amat romantik dan suka bercumbu. Akibat tekanan kerja, urusan anak, masalah kewangan dan sebagainya mereka tidak dapat menikmati seks sepenuhnya. Pasangan di sini hanya melakukan seks 85 kali setahun begitu juga dengan pasangan suami isteri di Hong Kong, 82 kali setahun. Anda pula bagaimana, pernahkah mengira kekerapan mengadakan hubungan seks dalam setahun?

Wanita India lebih terbuka Wanita dikatakan cukup malu untuk berbicara soal seks apatah lagi wanita di negara ini. Budaya timur yang menebal menyebabkan lidah wanita secara automatik kelu bila soal seks diketengahkan.

Itu mungkin keadaannya di Malaysia, di negara Timur yang lain seperti India dan Singapura keadaan berbeza. Di negara jiran, Singapura, 51 peratus wanitanya tidak ragu-ragu meluahkan soal seks meskipun tebal dengan nilai konservatif. Begitu juga dengan di India, 74 peratus wanita tanpa rasa segan atau malu, mereka membicarakan apa yang diinginkan bersama pasangannya sebelum melakukan hubungan seks.Warga Malaysia suka di kamar tidurMelihat soal lokasi untuk hubungan intim pula, masyarakat China dikatakan cukup kreatif mencari tempat yang paling sesuai untuk menyegarkan ghairah mereka dan lokasinya adalah di luar bilik tidur. Hasil kajian yang dilakukan mendapati hampir 70 peratus pasangan suami isteri di China, lebih senang melakukan seks di luar bilik tidur.

Berbeza pula dengan warga Malaysia, 43 peratus penduduknya lebih selesa hubungan intim dilakukan di dalam bilik sama jugalah seperti warga Sweden.

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  daeim on Wed Aug 05, 2009 11:32 am

byk sungguh nak kena baca nie...xpe..ilmu nye pasal..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Wed Aug 05, 2009 3:09 pm

tuntut lah ilmu sehinga ke liang lahad heheheheh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  daeim on Wed Aug 05, 2009 5:19 pm

betui betui betui

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Thu Aug 06, 2009 7:20 pm

dlasm betui2 2 lah tali kipas putus x sdar hehehehehe

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  antu_ride on Thu Aug 06, 2009 7:32 pm

Very Happy Very Happy Very Happy ......lagi bang mabuk...lagi....abg...abg....abg....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Thu Aug 06, 2009 7:51 pm

aku ingat lpas ni nak kbor kat JPJ sruh masuk kan subjek tali kipas wktu nak ambil lesen L heheheh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Thu Aug 06, 2009 10:06 pm

10 Maksud Tersembunyi luahan hati PEREMPUAN..!

1. Kalau perempuan tanya: Lawa ke budak pompuan tu?
Makna tersembunyi: Siapa yang paling lawa? I ke, budak pompuan tu?

2. Kalau perempuan tanya: You dah makan ke belum?
Makna tersembunyi: Jom pi makan. Lapar ni!

3. Kalau perempuan kata: Lawa-lawa la baju kat sini, yek.
Makna tersembunyi: Belikanlah untuk I.

4. Kalau perempuan kata: Rasa macam nak pening la.
Makna tersembunyi: Tolong picit kepala.

5. Kalau perempuan kata: Letihnya hari ni. Mana nak masak, basuh kain-baju lagi...
Makna tersembunyi: Kita makan kat luar jelah. Lepas tu, tolong basuh kain-baju sekali, yek.

6. Kalau perempuan kata: Kita lebih sesuai berkawan saja.
Makna tersembunyi: I tak nak kat you. Tak paham-paham ke?

7.Kalau perempuan kata: I suka berkawan dengan you. You baik,memahami bla bla bla...
Makna tersembunyi: Hish... I rasa macam minat sesangat kat you. Rasa macam nak jadi awek you je.

8. Kalau perempuan tanya: You pernah tak teringatkan awek you yang dulu?
Makna tersembunyi: Kalau nak gaduh, kalau berani sangat, sebut la nama dia depan aku.

9. Kalau perempuan kata: I sanggup berkorban demi kebahagiaan you.
Makna tersembunyi: Amboi! Aku kena berkorban. Habih, hangpa dua ekoq gak yang seronok.

10.Kalau perempuan kata: I tak kisah kalau memang betul you nak kahwin lagi satu. Asalkan you berterus-terang dengan I, bersikap jujur dan berlaku adil. Ape yg 'dia' dapat i pun dapat..
Makna tersembunyi: Sapa kata aku tak kisah? Adil ke tak adil, aku tak kira! Langkah mayat aku dulu sebelum nak menikah lagi satu.


11. kalau perempuan kata: geng sbk smart dan bergaya
makna tersembunyi : geng chopper selekeh dan ampeh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  Rinaz on Fri Aug 07, 2009 10:31 am

11. kalau perempuan kata: geng sbk smart dan bergaya
makna tersembunyi : geng chopper selekeh dan ampeh[/quote]

x sume ppuan b'anggapan cam2...x baik buruk sangka tau.... No No

_________________
SeMuA yG TeRjAdI bIaRlAh tErJaDi....hAdApI dGn SeNyUmAn dAn JiWa Yg tEnAnG....

Rinaz
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 629
Age : 38
Location : Putrajaya
Job/hobbies : Ape-ape aje
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Fri Aug 07, 2009 11:16 am

Rinaz wrote:11. kalau perempuan kata: geng sbk smart dan bergaya
makna tersembunyi : geng chopper selekeh dan ampeh

x sume ppuan b'anggapan cam2...x baik buruk sangka tau.... No No[/quote]


ya ke rinaz.... sejuk hati abg mabuk bila rinaz kata mcm 2 heheheheh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  eL on Fri Aug 07, 2009 1:36 pm

Rinaz wrote:11. kalau perempuan kata: geng sbk smart dan bergaya
makna tersembunyi : geng chopper selekeh dan ampeh

x sume ppuan b'anggapan cam2...x baik buruk sangka tau.... No No[/quote]

x bek kata lagu tu....semo sama ja....x ada beza pun .tayar 2 gak ..

eL
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 250
Age : 42
Location : Pj
Job/hobbies : penternak sotong
Registration date : 2009-07-22

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Fri Aug 07, 2009 2:20 pm

mmg lah sama tpi x serupa heheheheh naik chopper sX kna tongeng tpi naik sbk 2 kali kna tongeng heheheheeh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  daeim on Fri Aug 07, 2009 3:41 pm

naik SBK mmg la kena tonggeng...baru nampak sket lurah yg melekat kat tiang dlm LRT tuh...ekekekek...

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Fri Aug 07, 2009 7:34 pm

kuran hajau btul ayat ko daeim... dh stim aku di buat nya heheheheheh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  daeim on Fri Aug 07, 2009 7:46 pm

stim cari rinaz je..die leh lepaskan stim ko tu

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  mabukrider on Sat Aug 08, 2009 12:40 am

emmm... kalu mcm ni terpaksa lah aku masuk kan nanti fakta pasal stim plak heheheheh

mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 41
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  eL on Sat Aug 08, 2009 11:41 am

mabukrider wrote:kuran hajau btul ayat ko daeim... dh stim aku di buat nya heheheheheh

Mabuk Stim kat Daeim ka?

eL
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 250
Age : 42
Location : Pj
Job/hobbies : penternak sotong
Registration date : 2009-07-22

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  antu_ride on Sat Aug 08, 2009 5:04 pm

diam2 dah la ell....buat2 mcm x tau jer....ekkekeke....

p/s...ell tembak tepat la....ekekkeke

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: ++ FAKTA BUKAN AUTA ++

Post  Sponsored content Today at 9:42 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 4 1, 2, 3, 4  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum