HardcoreRiderzCommunity.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

3 posters

Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  mabukrider Sat Aug 08, 2009 1:11 am

07/08/2009 9:48pm

NEW DELHI 7 Ogos - Tentera Sri Lanka hari ini mengesahkan bahawa K.Pathmadaeimnathan, yang melantik diri sebagai ketua Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE), ditahan di ibukota sebuah negara di Asia Tenggara Rabu lepas.

Bercakap kepada Bernama dari Colombo, jurucakap tentera Sri Lanka Brig Udaya Nanayakkara mengesahkan bahawa Pathmadaeimnathan atau dikenali dengan pangilan daeim, kini ditahan di Sri Lanka.

“Dia ditahan pada 5 Ogos lepas di sebuah negara di Asia Tenggara, tapi setakat ini kami tidak boleh dedahkan nama negara itu. Dia sudah dibawa balik ke Colombo dan sedang disoal siasat,” katanya.

Pathmadaeimnathan, 32, sebelum ini adalah perunding dan pengawal kewangan LTTE yang diketuai oleh Velupillai Prabakaran sehingga pemimpin LTTE itu terbunuh pada 18 Mei.

Sejak itu Pathmadaeimnathan menjadi buruan, dan dipercayai beroperasi dari sebuah negara di Asia Tenggara dan dikatakan turut berada di beberapa negara Eropah menggunakan pelbagai identiti berbeza dipercayai cuba menghidupkan kembali pergerakan bersenjata itu. - Bernama
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  antu_ride Sat Aug 08, 2009 4:46 pm

patut la dia x datang TTs semalam..... Shocked Shocked
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  mabukrider Sat Aug 08, 2009 7:13 pm

berita terkini


Ketua LTTE ditahan di Malaysia

Selvarasa Pathmadaeimnathan

COLOMBO 7 Ogos - Pemberontak Harimau Tamil mengakui ketua baru mereka telah ditahan di Malaysia dan telah diserahkan kepada pihak tentera Sri Lanka.

Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) dalam kenyataannya hari ini menyatakan Selvarasa Pathmadaeimnathan telah ditangkap di sebuah hotel Rabu lalu oleh pihak berkuasa Malaysia.

Jurucakap tentera Sri Lanka, Brigadier Udaya Nanayakkara berkata, Pathmadaeimnathan telah dibawa ke Sri Lanka dan sedang disoal siasat.

Pathmadaeimnathan dikehendaki Interpol kerana menyeludup senjata untuk LTTE.

Dia mengambil alih jawatan ketua LTTE itu selepas kekalahan kumpulan pemberontak itu tewas Mei lalu dan kematian ketuanya, Vellupillai Prabhakaran.

Tidak lama selepas itu Pathmadaeimnathan menyatakan LTTE mahu menggunakan pendekatan bukan keganasan untuk memperjuangkan negara merdeka untuk minoriti Tamil di negara pulau ini.

Sementara itu, kerajaan Thailand menafikan dakwaan media Sri Lanka yang mengatakan Pathmadaeimnathan ditangkap di Bangkok.

Jurucakap kerajaan Thai, Panitan Wattanayagorn berkata, Agensi Perisikan Negara mengesahkan dia ditahan di Kuala Lumpur malam Rabu lalu dan diterbangkan ke Sri Lanka melalui lapangan terbang Bangkok.

"Kerajaan Thailand menegaskan bahawa Pathmadaeimnathan tidak berada atau ditahan di Thailand, walaupun dia pernah datang melawat," katanya lagi.

Saluran berita Sri Lanka, Rupavahini melaporkan Pathmanathan ditangkap di Thailand namun tiada perincian diberikan. Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berkata beliau tidak tahu menahu mengenainya. - AP/AFP

p/s. utusan malaysia (diedit) Twisted Evil
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  antu_ride Sun Aug 09, 2009 12:11 am

masuk lagi bang mabuk....
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  daeim Mon Aug 10, 2009 1:52 pm

ekekekekek..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  mabukrider Mon Aug 10, 2009 7:14 pm

LTTE minta Malaysia beri penjelasan

COLOMBO 9 Ogos - Pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE) di Sri Lanka hari ini menuntut siasatan dilakukan terhadap cara bagaimana pemimpin baru mereka ditahan di Malaysia dan kemudian diterbangkan pulang ke sini untuk disoal siasat.

Seorang pemimpin kanan LTTE, Mucupvisuvanathan Rudrakumaran berkata, Malaysia perlu menyiarkan butir-butir mengenai 'penculikan' pemimpin baru mereka, Selvarasa Pathmadaeimnathan.

Pegawai di Colombo enggan mendedahkan bagaimana Pathmadaeimnathan ditahan tetapi kerajaan Thailand berkata, dia ditangkap di Kuala Lumpur pada Rabu lalu sebelum dibawa ke Sri Lanka melalui Bangkok.

"Jika kerajaan Malaysia tidak mempunyai sebarang maklumat mengenai perkara ini, kami menuntut siasatan tentang seluruh kejadian ini," kata Rudrakumaran dalam satu kenyataan yang dihantar menerusi e-mel.

Pathmadaeimnathan yang mengambil alih sebagai ketua LTTE selepas pengasasnya, Velupillai Prabhakaran terbunuh pada peringkat akhir pertempuran dengan tentera kerajaan pada Mei lalu, sedang cuba memulihkan kumpulan pemberontak itu dari luar negara, menurut LTTE.

Seorang jurucakap Kementerian Pertahanan Sri Lanka memberitahu wartawan kelmarin, Pathmadaeimnathan sedang disoal siasat di Sri Lanka tetapi enggan menjelaskan bagaimana dia ditangkap.

Pathmadaeimnathan dikehendaki oleh polis antarabangsa, Interpol atas tuduhan menyeludup senjata dan oleh kerajaan India berhubung pembunuhan bekas Perdana Menteri, Rajiv Gandhi oleh seorang pengebom berani mati Harimau Tamil pada 1991.

Dia dipercayai melarikan diri ke Malaysia dari Thailand dua tahun lalu. - AFP
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  antu_ride Mon Aug 10, 2009 7:30 pm

cayalah Selvarasa Pathmadaeimnathan.........
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  mabukrider Tue Aug 11, 2009 7:44 pm

Selvarasa Pathmadaeimnathan memang sorang pejuang tulen... hehehehh
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan Empty Re: Tentera Sri Lanka dakwa ketua baru LTTE sudah ditahan

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum