HardcoreRiderzCommunity.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

adab di jalan raya

+2
daeim
mabukrider
6 posters

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  mabukrider Mon Aug 10, 2009 6:52 pm

USAHA MENANGANI KEMALANGAN JALAN RAYA MELALUI PENDIDIKAN


Oleh: MABUKRIDER

Isu keselamatan jalan raya sering diperkatakan dari peringkat rakyat di kampung hinggalah ke peringkat Menteri tetapi sehingga kini masih belum ada formula konkrit ditemui bagi mengatasinya.

Sehingga sekarang, yang hanya mampu dilakukan oleh agensi-agensi yang bertanggungjawab ialah mengadakan kempen dan operasi (OPS) yang tidak dinafikan sedikit sebanyak berjaya mengurangkan angka kematian dan kemalangan berbanding hari-hari biasa.

Namun begitu jumlah keseluruhan kemalangan yang berlaku sepanjang tahun dalam negara masih lagi membimbangkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choi pernah mengumumkan dalam satu majlis perasmian kempen keselamatan jalanraya bahawa kadar kematian akibat jalan raya di Malaysia kini berada sama paras dengan negara-negara Eropah seperti Itali dan Belgium dan kedua terbaik di ASEAN selepas Singapura yang mencatatkan kadar kematian 3.5 bagi setiap 10,000 kenderaan berdaftar.


Kenyataan yang positif turut diberikan Ketua Pasukan Trafik Bukit Aman, Dato Nooryah Mohd Anvar baru-baru ini dengan menyatakan PDRM berjaya menurunkan sebanyak 19 kes atau 8.4 peratus angka kematian akibat kemalangan jalan raya selepas tiga tahun OPS Sikap dilaksanakan yang menunjukkan satu petanda baik.

Katanya, secara keseluruhan kematian melibatkan penunggang dan pembonceng motosikal telah menyusut sebanyak 27 orang manakala semua jenis bas mencatatkan “sifar kematian”.


Namun begitu mengikut perbandingan , tambahnya,jumlah kemalangan semasa OPS Sikap 12 ialah 14,930 kemalangan berbanding 13,152 kemalangan dalam OPS Sikap 11.


Dan dari jumlah itu penunggang dan pembonceng motosikal menjadi korban terbesar dengan jumlah 58.5 peratus iaitu seramai 121 kematian, pemandu dan penumpang kereta seramai 43 orang, pejalan kaki 20 kematian, penunggang basikal 6 orang, van 3 kematian dan lain-lain kenderaan 8 kematian.


Dari segi pelanggaran undang-undang jalan raya pula, jelasnya, sebanyak 185,966 saman trafik telah dikeluarkan sepanjang 15 hari OPS itu diadakan berbanding 159,870 yang dikeluarkan sepanjang Operasi Sikap 11 tahun lepas.


Adakah kenyataan-kenyataan itu membuktikan bahawa kadar kematian akibat kemalangan jalan raya di Malaysia telah bertambah baik yang membuktikan bahawa sikap pengguna jalan raya kini telah berubah ekoran kempen-kempen yang dijalankan oleh kerajaan atau sebaliknya? Kalau benar apakah alasan atau bukti yang menunjukkan perkara itu berlaku.



Kalau kita mengambil kira perangkaan yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya dan Polis Di Raja Malaysia (PDRM) mungkin kita mampu membuat penilaian sendiri.



Mengikut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia berdasarkan angka yang diperolehi daripada PDRM pada dari tempoh Januari hingga Februari tahun 2005 dan 2006 jumlah bilangan kemalangan yang berlaku telah mengesahkan kadar kemalangan bukan sahaja bertambah malah jumlah kematian juga turut meningkat.



Misalnya pada Januari hingga Februari 2005, statistik polis yang diperolehi daripada Kementerian Pengangkutan menunjukkan jumlah kes kemalangan seluruh negara adalah sebanyak 50,143 kes berbanding dengan tempoh yang sama berikutnya yang meningkat kepada 54,107 kes.



Manakala itu jumlah kematian di seluruh negara yang dicatatkan dari Januari hingga Februari 2005 adalah sebanyak 1001 orang yang juga meningkat kepada 1057 orang pada tempoh yang sama pada tahun 2006.



Jumlah ini tidak termasuk bilangan yang parah dari tempoh Januari-Februari 2005 (1410 orang) dengan sebanyak 1522 orang pada tahun berikutnya pula.



Jumlah statistik yang ditunjukkan pada OPS SIKAP ke 9 sempena Perayaan Deepavali dan Hari Raya Aidil Fitri 2005 yang diadakan selama 15 hari juga amat mengejutkan apabila sejumlah 233 kematian dilaporkan berbanding pada OPS SIKAP ke 10 sempena Tahun Baru Cina 2006 yang hanya berkurang sedikit kepada 229 kematian.



Dan daripada jumlah itu stastistik juga menunjukkan penunggang dan pembonceng motosikal merupakan jumlah teramai terbunuh dengan 141 orang pada OPS ke 9 dan jumlah itu meningkat kepada 149 orang pada OPS yang berikutnya pula.



Ia diikuti pula dengan pemandu dan penumpang kereta sebanyak 54 orang pada OPS ke 9 dan menurun sedikit kepada 49 kes pada tahun OPS ke 10 dijalankan.



Dan jika ditinjau pada keseluruhan jumlah kematian yang berlaku sepanjang tahun pula bilangan ini tidak pernah berkurangan apabila didapati pada tahun 1994 mencatatkan jumlah kemalangan seluruh negara sebanyak 148,801 kes dengan membabitkan 5159 kematian dan meningkat lagi pada tahun 2000 dengan berjumlah 250,429 kes dengan 6,035 kematian dan seterusnya bertambah kepada 328, 268 kes pada tahun 2005 dengan 6188 kematian pula.



Statistik juga menunjukkan jalan bandaran merupakan lokasi tertinggi berlakunya kemalangan jalan raya dengan mencatatkan sebanyak 5314 kes pada OPS Sikap ke 9 dan meningkat lagi 5779 pada OPS ke 10 dan jalan persekutuan pula mencatatkan bilangan 3869 kes kemalangan pada OPS ke 9 dan 3076 kes pada OPS Sikap ke 10.



Angka statistik yang ditunjukkan bukan sahaja merungsingkan semua pihak malah nampaknya usaha yang berterusan perlu digerakkan melalui pelbagai bentuk tindakan undang-undang dan OPS bagi menyedarkan pengguna jalan raya.



Bagi memastikan kesan yang lebih mendalam dalam menangani masalah ini akhirnya melalui perbincangan dan mesyuarat di peringkat Jawatan Kabinet,satu resolusi diterima semua pihak yang bertanggungjawab dengan bersetuju pada dasarmya bagi mengurangkan kadar kemalangan jalan raya ialah dengan cara menerapkan pendidikan keselamatan kepada rakyat yang bermula daripada generasi muda di bangku sekolah.



Justeru Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pengangkutan Malaysia telah cuba memperkenalkan projek rintis Pendidikan Keselamatan Jalan Raya di daerah Pasir Mas, Kelantan yang mana telah membuahkan keputusan baik apabila Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet mengenai keselamatan jalan raya yang diadakan pada 15 Mei 2006 telah bersetuju dengan program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya untuk dimulakan di sekolah mulai 2007.



Mesyuarat Penyelarasan Pendidikan Keselamatan Jalan raya yang di pengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (KPPM) Dato Dr Ahmad Sipon pada 16 Ogos 2006 pula telah menetapkan pelaksanaan status rintis untuk murid sekolah rendah tahun satu yang membabitkan 1000 buah sekolah di seluruh negara dimulakan April tahun ini.



Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Keselamatan Jalan Raya akan bertindak sebagai Urusetia manakala Bahagian Sekolah, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP) dan Jemaah Nazir Sekolah (JNS) akan terlibat secara langsung dalam pelaksanaannya.



Sekolah-sekolah yang dipilih mejalankan program rintis PKJR pertama oleh KPM ialah sekolah-sekolah di daerah Muar (Johor), Jasin (Melaka), Port Dickson(Negeri Sembilan), Kuantan (Pahang), Pasir Putih (Kelantan), Besut (Terengganu), Kulim (Kedah), Manjung (Perak), Seberang Prai (Pulau Pinang), Kuala Selangor (Selangor), Sentul (Wilayah Persekutuan), Kota Kinabalu(Sabah), Miri (Sarawak) dan seluruh sekolah di Perlis.



Matlamat Program Pendidikan Keselamatan Jalan Raya ini ialah untuk membentuk generasi baru pengguna jalan raya yang berhemah dalam usaha mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia selaras dengan hasrat kerajaan untuk berada seiring dengan negara-negara maju dari segi tahap keselamatan jalan raya menjelang tahun 2020.



Pelaksanaan PKJR yang akan diperkenalkan itu nanti akan diterapkan dalam subjek Bahasa Melayu dan akan diajar dalam satu waktu seminggu.



Modul PKJR yang dibina bersama oleh Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Pusat Perkembangan Kurikulum, KPM itu akan digunakan oleh setiap sekolah manakala satu pusat rujukan akan disediakan oleh JKJR bagi menjawab sebarang masalah yang timbul dalam pelaksanaannya nanti khususnya dari aspek teknikal keselamatan jalan raya.



Terdapat tiga objektif utama pada program ini iaitu diharapkan murid yang mengikuti program PKJR itu nanti akan



a) melintas jalan raya dengan cara yang betul dan melintas di tempat yang selamat

b) mengenali tanda-tanda isyarat jalan yang penting dan mengelakkan sebarang yang tidak wajar di kawasan-kawasan yang merbahaya, dan

c) mengetahui kekurangan atau kelemahan diri dan mengambil langkah pencegahan bagi mengelakkan diri dari terlibat dalam kemalangan jalan raya.





Buat masa ini lebih 2000 orang guru Tahun satu sekolah-sekolah di daerah Rintis Program ini sedang mengikuti kursus khas yang dikendalikan oleh PPK dan JKJR dengan kerjasama Jabatan Pelajaran serta konsultan yang dilantik Innovate Solutions (IS) di seluruh negara bermula 17 Januari lalu dan akan berakhir 12 April depan sebelum PKJR dimulakan selama 6 bulan.



Satu laporan keberkesanan akan disediakan oleh Universiti Putra Malaysia (UPM) bagi pihak Kementerian Pelajaran Malaysia sebelum hasilnya dibentangkan kepada Menteri Pengangkutan dan Menteri Pelajaran bagi menentukan tindakan bagi tahun-tahun berikutnya kelak.



Kerjasama semua pihak amat diharapkan semoa hasrat kerajaan melalui strategi-strategi yang digariskan dalam Pelan Keselamatan Jalan raya 2006-2010 yang telah mengenal pasti pendekatan pendidikan sebagai strategi pertama dalam mempertingkatkan tahap keselamatan jalan raya di Malaysia akan mampu dicapai.
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  antu_ride Mon Aug 10, 2009 7:40 pm

panjang sgt la bang mabuk....senak.....ekekkekke..... drunken
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  mabukrider Mon Aug 10, 2009 7:42 pm

standard yoshi 2 brother heheheheheheheheh
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  daeim Wed Aug 12, 2009 7:47 pm

heheh..bagus2...satu perkongsian ilmiah dr mabuk...bagus2...

Terima kasih mabuk!!

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  mabukrider Wed Aug 12, 2009 7:49 pm

biasa lah kan... yg bgus2 2 semua nya mabuk heheheeheh
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  daeim Wed Aug 12, 2009 7:50 pm

betui betui betui..kalau ada lagi..share le kat sini

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  mabukrider Wed Aug 12, 2009 7:59 pm

daeim pnya psal dgn jpj sX aku masuk kan sX nanti heheheeheh
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  daeim Wed Aug 12, 2009 8:00 pm

masuk kan jer..share dgn kawan2 semua

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  antu_ride Sun Oct 03, 2010 12:59 am

alih topik la tuh...kekeke.....
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  kunan Wed Nov 03, 2010 12:24 am

rajin sungguh MABUK nulis...x larat aku nk baca...hehehe..walau apa pon, tahniah utk MABUK..
kunan
kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 50
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

adab di jalan raya - Page 3 Empty Re: adab di jalan raya

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 3 Previous  1, 2, 3

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum