HardcoreRiderzCommunity.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'

4 posters

Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'

Post  mabukrider Fri Aug 14, 2009 1:31 pm

MINGGU lalu, saya menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan ke Pulau Pinang bersama isteri. Kenderaan yang menuju ke utara tidaklah banyak di jalan raya. Dalam perjalanan itu, saya terserempak dengan kumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi memecut di laluan laju.

Kagum rasanya melihat anak muda Malaysia memiliki motosikal berkuasa besar, namun ia bertukar menjadi marah, terkejut serta benci melihat betapa egonya segelintir penunggang motosikal berkenaan.

Ini berlaku apabila saya berdepan dengan situasi tidak menyenangkan membabitkan kumpulan berkenaan yang menjadi 'raja' di lebuh raya. Ketika itu saya memotong kenderaan di hadapan kerana pemandunya memperlahankan kenderaan. Saya memberi isyarat ke kanan untuk memotong kereta di hadapan memandangkan saya mempunyai peluang yang luas dan jarak selamat untuk membuat sedemikian.



Alangkah terkejutnya, tiba-tiba sebuah motosikal berkuasa tinggi memotong di sebelah kanan kenderaan saya sedangkan saya berada di laluan laju, sambil menunjukkan isyarat jari kepada saya.

Justeru, dalam hati tertanya-tanya, adakah saya membuat kesalahan. Kemudian dengan jarak selamat, saya memasuki laluan tengah semula. Di situlah, kesabaran saya diduga apabila penunggang berkenaan berkali-kali menunjukkan isyarat jari kepada saya, ibarat memberi amaran seolah-olah saya menghalang laluan mereka. Musykil juga adakah saya menyebabkan gangguan kepada mereka yang hanya menumpang menggunakan lebuh raya kerana menggunakannya secara percuma berbanding saya dan pemilik kenderaan lain yang terpaksa membayar untuk menggunakannya.

Mungkin, ini kes terpencil, namun persoalan timbul, tindakan segelintir ahli kumpulan berkenaan seolah-olah menunjukkan mereka mempunyai kuasa untuk menghalang kenderaan lain memotong mereka di laluan laju. Lebuh raya adalah hak bersama, jadi gunakanlah sebaik mungkin termasuk menghormati mereka yang menggunakannya.


PENGGUNA LEBUH RAYA,
Kuala Lumpur.
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty Konvoi motosikal berkuasa besar suka tunjuk lagak

Post  mabukrider Fri Aug 14, 2009 1:32 pm

SURAT 'Pengguna lebuh raya' dari Kuala Lumpur dalam ruangan ini kelmarin, menarik perhatian saya untuk menulis pengalaman saya membabitkan konvoi motosikal kuasa besar. Kejadian yang saya alami ini pula berlaku di bandar Kuantan. Seperti dinyatakan pengadu, saya bangga apabila terlihat konvoi motosikal berkuasa besar yang disertai anak-anak muda kita.

Malangnya, pengalaman pahit menyebabkan saya kecewa dengan sikap mereka. Kejadian berlaku di sebuah persimpangan berlampu isyarat di simpang tiga di bandar Kuantan. Konvoi berkenaan datang dari jalan arah bertentangan. Ketika itu lampu isyarat laluan saya menunjukkan warna merah, dan ketika lampu hijau menyala saya pun mula bergerak untuk membelok ke kanan, tiba-tiba salah seorang ahli konvoi berhenti di hadapan saya dengan niat menghentikan perjalanan kenderaan saya dan membenarkan ahli konvoi itu meneruskan perjalanan.

Apa yang dimusykilkan ialah, adakah mereka berhak untuk menahan kenderaan saya ketika itu berada di dalam kotak kuning dan ia giliran kenderaan saya untuk bergerak. Lainlah jika yang menahan lalu lintas polis.

Diharap pihak polis memantau kegiatan mereka yang tidak bersopan dan tidak bertimbang rasa terhadap pengguna jalan raya.

SKY,
Kuantan,
Pahang.
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty maklum balas

Post  mabukrider Fri Aug 14, 2009 1:35 pm

POLEMIK mengenai tingkah laku penunggang motosikal berkuasa tinggi mendapat maklum balas di ruangan ini melalui surat 'Pengguna Lebuh Raya (Kuala Lumpur) dan SKY (Kuantan, Pahang)' di dalam ruangan ini yang turut mendakwa konvoi motosikal berkuasa besar suka tunjuk lagak.

Sebagai seorang penunggang motosikal berkuasa besar dan juga orang kuat Lanun Bikerz dan mewakili semua kelab motorsikal berkuasa tinggi ingin menegaskan bukan semua konvoi atau penunggang motosikal besar ini berlagak. Saya perlu tegaskan di sini ialah kebanyakan penunggang ini bergerak dalam kumpulan dan aktiviti mereka bukanlah setiap hari.

Bila bergerak dalam kumpulan, ia memerlukan penjagaan dan kawalan untuk tidak membahayakan anggota konvoi dan pengguna jalan raya lain. Pengadu mungkin tidak faham sepenuhnya keadaan itu dan terus menuduh anggota konvoi berlagak dan sebagainya. Kalau kita nak berlagak pun memang boleh sebab kita juga bayar cukai jalan yang lebih mahal sekitar RM350 setahun dan insurans kita lebih mahal dan motosikal besar ini lebih mahal daripada kereta.

Kebanyakan motosikal besar ini berharga RM50,000 ke atas dan ada yang sampai RM180,000 sebuah. Tetapi itu bukan 'bikerz', kita bukan berlagak atau sombong tidak tentu, yang penting ialah keselamatan kita bersama. Pengguna lebuh raya juga ada menuduh motosikal besar menggunakan lebuh raya percuma jadi tiada hak atau keutamaan, itu tentulah kenyataan yang tidak matang.

Berbalik kepada keadaan di jalan raya, saya selalu perhatikan sikap pemandu kereta yang menukar laluan sesuka hati, asal bila lapang saja di depan terus memotong. Kita yang datang dari belakang dengan laju, kalau sempat membrek, selamatlah, kalau tidak, berdentumlah. Pemandu kereta bukan nak takut dan risau, bukan nak jadi apa pun, kereta saja kemek, kami bikerz ini juga yang kemek kepala dan badan.

Setia kawan bikerz ini memang kuat dan kami selalu berbincang masalah yang dihadapi ketika di jalan dan lebuh raya. Bila kami minta laluan sekali sekala bila berkonvoi, terus menuduh sombong. Kami bikerz hanya berdoa agar kami dilihat oleh pemandu kenderaan lain yang lebih besar sebab kalau kami tunggang dengan cermat mana pun, sekali kenderaan nak buat hal, kami juga yang teruk.

Jadi, berhati-hatilah kalau membuat dakwaan. Saya juga pemandu kereta dan selalu memberi ruang kepada konvoi motosikal, motosikal kecil dan kenderaan lain. Seharusnya kita bertimbang rasa di jalan raya. Bukan benci membenci. Keselamatan perlu diutamakan.

ANUAR MANJALARA,
Ketua Setiausaha Lanun Bikerz.
mabukrider
mabukrider
Otai HardCoreRiderz
Otai HardCoreRiderz

Number of posts : 1985
Age : 49
Location : temerloh
Job/hobbies : mabuk teh
Registration date : 2009-04-29

Back to top Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty Re: Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'

Post  antu_ride Fri Aug 14, 2009 1:41 pm

cayalah....hidup lanun bikerz.....hidup chopper garage.....ekekkeke....hidup relex moto group....hidup O'Ride jerantut bikers...ekekkeek...
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty Re: Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'

Post  eazybuG Fri Oct 09, 2009 1:09 am

Bagus.....bagus...!! Satu topik yang begitu bagus diketengahkan. Kekadang, kita ni sebagai penunggang motorsikal terus menerima habuan yang negatif oleh pemandu bertayar 4, 10, 12, mahupun bertayar tayar lagi. Bagi mereka, kita ni penyibuk jalanraya. Memang mereka ni menganggap kita ni penumpang yang tidak sedar diri. Apapun yang berlaku, kita dianggap samseng jalanraya, mat rempit, loklak, cilok sana....cilok sini. Semuanya datang dari penunggang motor.

Pemandu kereta, lori, van dan bas semuanya beretika dan berhemah sangat ke di jalanraya? Mereka ni yang memandu laju, menyilok sana sini, yang jadi samseng jalanraya, kenapa tak disalahkan? Kalau penunggang motor dipanggil mat rempit, mereka ni patut dipanggil apa?

Mereka ni sebenarnya tak faham sangat tentang penunggang seperti kita ni. Apa itu mat rempit? Siapa mat rempit? Siapa yang boleh di klasifikasi kan sebagai Mat rempit? Mungkin mereka ni nak kita beratur di belakang mereka. Jangan menyelit, jangan mencilok di tepi kereta mereka yang mahal tu. Hilang akal lah kalau mereka berfikiran begitu dan makin bertambahlah sesak di jalanraya kita ni.

Dengan hanya menyelit atau mencilok, tidak lah boleh dilabelkan sebagai mat rempit. Setiap penunggang motorsikal menggunakan motor mereka kerana tidak ingin terperangkap dalam kesesakan lalulintas yang semakin menjadi jadi terutamanya di KL ni. Tak juga dinafikan, sebahagian daripada penunggang ni hanya mampu membeli motorsikal sahaja. Disebabkan ramai penunggang motorsikal di ibukota ni, maka ramai lah yang dianggap mat rempit. Ramai penunggang yang ingin cepat sampai ke tempat kerja (seperti jugak pemandu yang lain, tapi mereka di perangkap oleh kesesakan lalulintas), ada yang bertugas sebagai penghantar surat yang memang mengejar masa yang ditentukan oleh majikan, ada pulak yang bertugas sebagai 'delivery boy' yang menghantar makanan segera ke rumah pelanggan dan mereka ni perlu cepat sampai ke destinasi untuk mengelakkan makanan sejuk. Adakah mereka ni jugak dianggap tak sopan, penyibuk, mat rempit atau penumpang jalan raya? Sungguh cetek fikiran mereka ini.

Bagi mereka yang berkonvoi, memanglah mereka ini akan menjaga ahli konvoi yang lain supaya berhemah sebaik mungkin dijalanraya bagi mengelak kan dari sebarang kecelakaan. Itulah tujuan Marshall, Sweeper dan juga Lastman dilantik. Semuanya bertujuan menjaga etika di jalanraya. Tetapi para pemandu ni tidak cuba memahami situasi ini. Mereka tetap menganggap penunggang jugak yang salah. Lojik ker kalau motor berkuasa tinggi berada terhegeh hegeh di lorong sebelah kiri di lebuhraya? Kenapa kalau kereta berkuasa tinggi atau berprestij berderum laju di laluan kanan jalanraya dan memberikan lampu tinggi rendah untuk mengalihkan kenderaan didepan supaya ketepi, tidak dianggap pengacau atau penyibuk? Tak faham sungguh...!!

Sedarlah, penunggang atau pemandu, masing masing ada tabiat buruk apabila berada dijalanraya. Janganlah hanya disebabkan kesalahan segelintir penunggang ini, yang lain terus dilabelkan sebagai pengguna jalanraya yang tidak berhemah sewaktu di jalanraya.

Salam...............................................................Berhati hati di jalanraya.
eazybuG
eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 1324
Age : 53
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.
Registration date : 2008-01-07

Back to top Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty Re: Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'

Post  Mucup Fri Oct 09, 2009 12:38 pm

yah sokong..sokongg Very Happy
Mucup
Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 49
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty Re: Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'

Post  antu_ride Mon Dec 06, 2010 12:50 pm

aku pong sokong gok arr...kekkeeke.... afro
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya' Empty Re: Konvoi motosikal kuasa tinggi lagak 'raja lebuh raya'

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum