HardcoreRiderzCommunity.com
Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Pilihanraya - 2008

+3
antu_ride
Mucup
daeim
7 posters

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup Fri Feb 22, 2008 11:30 am

kawe ano kelate jugo ni... Very Happy
Mucup
Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 49
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Sun Feb 24, 2008 11:40 am

Mucup wrote:kawe ano kelate jugo ni... Very Happy

kelate pn kau...trg pn kau...penang pn kau...perak pn kau...johor pn kau..SABAH pn kau...berapa kali kau lahir ni mucup?
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  kunan Sun Feb 24, 2008 1:29 pm

mucup mengalami KELAHIRAN SEMULA...
kunan
kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 50
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Sun Feb 24, 2008 3:12 pm

kunan wrote:mucup mengalami KELAHIRAN SEMULA...

ya lah...agak2nya kalau abe6 lhir smula, abe6 nk jd aper?hehehehe...
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  kunan Sun Feb 24, 2008 10:45 pm

antu_ride wrote:
kunan wrote:mucup mengalami KELAHIRAN SEMULA...

ya lah...agak2nya kalau abe6 lhir smula, abe6 nk jd aper?hehehehe...

nak jadi Sultan Diraja Bermata Dihati... Smile
kunan
kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 50
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Sun Feb 24, 2008 11:28 pm

kunan wrote:
antu_ride wrote:
kunan wrote:mucup mengalami KELAHIRAN SEMULA...

ya lah...agak2nya kalau abe6 lhir smula, abe6 nk jd aper?hehehehe...

nak jadi Sultan Diraja Bermata Dihati... Smile

fuyooo...mucup nak jd aper? aku nak jd harley davidson electra glide kaler itam...hehehe....
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty kisah pilihanraya....

Post  antu_ride Mon Feb 25, 2008 12:31 am

Alkisah dekat-dekat nak pilihanraya ni ............ cerita dipetik dari sebuah banglo kat .......????! !


Pada satu malam, ada pasangan yg agak berumur sedang makan malam dengan romantiknya bagi menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yg ke 50 tahun.

Suaminya, seorang Tan Sri dan bekas ahli politik mula bercerita tentang nostalgia mereka suami isteri, sekian lama hidup bersama, suka duka, susah dan senang. Si suami memang menyanjung isterinnya, bernama Maria.

"Maria, selama kita kahwin ni, suka duka kita lalui, susah senang kita tempuh, abang amat menyanyang Maria, tapi ada satu perkara yg asyik bermain-main di benak abang ni dan abang selalu bertanya-tanya. Berterus-teranglah dgn abang pada malam ni, pernah tak Maria curang dgn abang selama ni?"

Maria agak terkedu sekejap dan merenung panjang muka suaminya itu, lalu berkata dengan penuh kekesalan, "Ya abang, Maria mengaku pernah curang dgn abang, tapi hanya 3 kali sahaja selama ni"

"3 kali?" Tan Sri tu agak terkejut, tapi tak la marah, dah tua dah dan memang berniat utk memaafkan isterinya,"Bagaimana boleh terjadi 3 kali tu Maria?"

Perlahan jer la isteri dia mula membuka lebaran cerita lama, "Abang ingatkan masa kita mula-mula kawin, terus beli rumah dan selang beberapa tahun, kita susah sangat masa tu hingga rumah kita hampir nak dirampas oleh bank"

"Ya, abang ingat peristiwa tu" jawab si suami. Si isteri menyambung cerita, "Abang pasti ingat yg pada satu petang tu Maria pergi jumpa pegawai bank tu dan esoknya, bank tu tak jadi rampas rumah kita, malah bagi tambahan pinjaman utk abang mulakan perniagaan.."

"Emmmm.. sukar buat abang menerima kenyataan ini, tapi abang maafkan maria kerana apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak", kata si suami, " Kali ke 2 pulak?"

"Abang ingat tak, abang hampir menemui maut sebab ketumbuhan dalam otak pembedahan?" si isteri menyambung cerita "Ya, abang ingat" jawab si suami. "Kalau macam tu, abang pasti ingat yg Maria ada pergi jumpa doktor pakar tu dan esoknya, dia setuju buat pembedahan utk abang tanpa bayaran apa-apa pun.."

"Oh maria, walau perit hati ini mendengarkan, tapi abang tetap maafkan maria sebab apa yg maria buat tu untuk masa depan kita jugak dan kerana sayangkan abang jugak.. yang kali ke 3 macam mana pulak? ", kata si Tan Sri. Si isteri menundukkan mukanya dan menjawab penuh lemah, "Abang, ingat tak masa abang bertanding merebut kerusi bahagian dan abang perlukan 248 undi lagi...."Tan Sri pengsan kat situ jugak...
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty penjelasan nik aziz intuk rafidah ttg org utan

Post  antu_ride Mon Feb 25, 2008 12:39 am

Menurut laporan BERNAMA hari ini (Selasa 19 Februari) Datuk Seri Seri Rafidah Aziz telah telah meminta penjelasan Tuan Guru Nik Abdul Aziz berhubung kenyataan beliau tentang orang UMNO yang menolak Islam adalah umpama Orang Utan yang disifatkan adalah kasar bagi sesaorang yang bergelar Tok Guru.

Manakala Tuan Guru pula ketika diminta mengulas tentang perkara itu ; Mengukuhkan pendiriannya itu, dengan berkata berkata: "Islam itu dari langit untuk manusia bukan untuk haiwan. Maka orang yang tolak Islam itu serupa dengan makhluk haiwan." Menurutnya, sekurang-kurangnya beliau tidak menggunakan perkataan haiwan, ungkapan yang lebih kesat, terhadap orang Umno, hanya Orang Utan. "Orang putih guna perkataan 'animal'. saya guna 'Orang Utan' tidak 'animal'. Saya minta saudara saya dalam Umno fikir. Jangan cepat melenting kerana sekali sekala kita nasihat, sekali sekala kita rotan," katanya dalam temubual khas di sini.

Untuk menjelaskan perkara ini saya telah merujuk kepada beberapa potongan ayat suci Al Qur’an tafsir Ar Rahman ayat-ayat berikut :-
Surah Al Baqarah Ayat 171:-æóãóËóáõ ÇáøóÐöíäó ßóÝóÑõæÇ ßóãóËóáö ÇáøóÐöí íóäúÚöÞõ ÈöãóÇ áÇ íóÓúãóÚõ ÅöáÇ ÏõÚóÇÁð æóäöÏóÇÁð Õõãøñ Èõßúãñ Úõãúíñ Ýóåõãú áÇ íóÚúÞöáõæäó (١٧١)
171. Dan bandingan (orang-orang Yang menyeru) orang-orang kafir (yang tidak mahu beriman itu), samalah seperti orang Yang berteriak memanggil binatang Yang tidak dapat memahami selain dari mendengar suara panggilan sahaja; mereka itu ialah orang-orang Yang pekak, bisu dan buta; oleh sebab itu mereka tidak dapat menggunakan akalnya.
Surah Al A’ raaf : Ayat 179 æóáóÞóÏú ÐóÑóÃúäóÇ áöÌóåóäøóãó ßóËöíÑðÇ ãöäó ÇáúÌöäöø æóÇáÅäúÓö áóåõãú ÞõáõæÈñ áÇ íóÝúÞóåõæäó ÈöåóÇ æóáóåõãú ÃóÚúíõäñ áÇ íõÈúÕöÑõæäó ÈöåóÇ æóáóåõãú ÂÐóÇäñ áÇ íóÓúãóÚõæäó ÈöåóÇ ÃõæáóÆößó ßóÇáÃäúÚóÇãö Èóáú åõãú ÃóÖóáøõ ÃõæáóÆößó åõãõ ÇáúÛóÇÝöáõæäó (١٧٩.
Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia Yang mempunyai hati (Tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan Yang mempunyai mata (Tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan Yang mempunyai telinga (Tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang Yang lalai.
Surah Muhammad : Ayat 12 Åöäøó Çááøóåó íõÏúÎöáõ ÇáøóÐöíäó ÂãóäõæÇ æóÚóãöáõæÇ ÇáÕøóÇáöÍóÇÊö ÌóäøóÇÊò ÊóÌúÑöí ãöäú ÊóÍúÊöåóÇ ÇáÃäúåóÇÑõ æóÇáøóÐöíäó ßóÝóÑõæÇ íóÊóãóÊøóÚõæäó æóíóÃúßõáõæäó ßóãóÇ ÊóÃúßõáõ ÇáÃäúÚóÇãõ æóÇáäøóÇÑõ ãóËúæðì áóåõãú (١٢
Sesungguhnya Allah akan memasukkan orang-orang Yang beriman serta mengerjakan amal-amal Yang soleh - ke Dalam syurga Yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; dan (sebaliknya) orang-orang Yang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka.
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Demonstrasi siang malam penyokong Umno bantah Idris Jusoh

Post  antu_ride Mon Feb 25, 2008 12:57 am

Demonstrasi siang malam penyokong Umno bantah Idris Jusoh
BERATUS-RATUS penyokong beberapa bekas wakil rakyat BN yang tidak dicalonkan semula membantah keputusan pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh dengan berdemonstrasi, termasuk di depan kediaman rasminya.
Tanpa mengira siang dan malam, siri bantahan itu berlanjutan hingga hari ini sejak Rabu, hari Idris membuat pengumuman calon-calon.
Penyokong-penyokong bekas wakil rakyat Marang Datuk Abdul Rahman Bakar dan Hulu Terengganu, Tengku Datuk Putera Tengku Awang tidak senang apabila dua pemimpin ini masing-masing digantikan dengan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Mohd. Nor Othman
Bantahan mula kelihatan pada sebelah petang Rabu di depan pejabatnya di Wisma Darul Iman dan berlarutan hingga sebelah malam dalam tempoh beberapa hari ini.
Sebanyak 18 muka baru, termasuk lima di peringkat kerusi parlimen, disenaraikan untuk merebut 32 kerusi DUN dan lapan parlimen.
Penyokong-penyokong bekas wakil rakyat Marang Datuk Abdul Rahman Bakar dan Hulu Terengganu, Tengku Datuk Putera Tengku Awang tidak senang apabila dua pemimpin ini masing-masing digantikan dengan Datuk Dr. Ahmad Ramzi Mohamad Zubir dan Mohd. Nor Othman.
Dr. Ahmad Ramzi, yang juga setiausaha politik Idris, dipertaruhkan untuk bersaing dengan presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Penyokong penyandang kerusi DUN Seberang Takir Shapian Ali turut marah apabila beliau digantikan dengan muka baru Ahmad Razif Abd. Rahman.


Begitu juga penyokong Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kini digantikan dengan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, anak bekas menteri besar Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad.


Penyokong dari Dungun, penyandangnya yang digugurkan Datuk Dr Rosli Mat Hassan, dikatakan turut menyertai bantahan tersebut. Dr Rosli digantikan dengan muka baru Matulidi Jusoh.


Laman web PAS dan blog penyokong mereka cepat-cepat menyiarkan foto-foto demonstrasi tersebut dan komentar yang menggambarkan Umno sedang mengalami masalah dalaman menjelang penamaan calon Ahad ini.






Tidak ada dalam sejarah
Sumber dalaman Umno memberitahu Malaysiakini, bantahan-bantahan tersebut bukan kepada parti itu tetapi secara langsung terhadap Idris yang didakwanya tidak berunding terlebih dahulu sebelum memilih calon-calon tersebut.



Penyokong penyandang kerusi DUN Seberang Takir Shapian Ali turut marah apabila beliau digantikan dengan muka baru Ahmad Razif Abd. Rahman

Pada 2004, Idris sebagai ketua perhubungan Umno negeri berunding terlebih dahulu untuk melancarkan kempen merampas Terengganu daripada PAS, kata sumber.



"Dulu, bukan 'Gelombang Biru' yang memberikan kemenangan kepada Umno tetapi peralihan pucuk pimpinan negara kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi," katanya.


Menurut sumber itu lagi, pilihanraya kali ini benar-benar menguji penerimaan rakyat terhadap kepemimpinan Idris sebagai MB kerana pada pilihanraya lalu, mood rakyat hanya untuk menjatuhkan kerajaan PAS tanpa mempedulikan karisma seseorang pemimpin.


Malah, tambah sumber itu lagi, Idris juga "memalukan" wakil-wakil rakyat yang digugurkannya dengan memanggil mereka hadir di sidang media kelmarin.



Begitu juga penyokong Wan Ahmad Nizam Wan Abdul Hamid yang kini digantikan dengan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar, anak bekas menteri besar Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad. Penyokong dari Dungun, penyandangnya yang digugurkan Datuk Dr Rosli Mat Hassan, dikatakan turut menyertai bantahan tersebut. Dr Rosli digantikan dengan muka baru Matulidi Jusoh

Sambil menyifatkan bantahan tersebut "belum pernah ada dalam sejarah Umno Terengganu", sumber itu berkata Idris mengambil langkah yang merugikan dirinya sendiri jika pilihanraya 8 Mac ini menyaksikan peningkatan kerusi pembangkang atau kekalahan teruk calon-calon Umno.


Sumber itu, kini turut terlibat dalam persiapan jentera kempen Umno negeri, berkata kira-kira 100 hingga 200 orang terlibat dalam setiap bantahan.


Hari ini, katanya lagi, mereka berarak beberapa ratus meter dari pantai Batu Burok ke kediaman rasmi MB, yang terletak tidak jauh dari insiden pembakaran bendera dalam rusuhan penyokong-penyokong Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (Bersih) September tahun lepas.


Bagaimanapun sumber itu tidak dapat menjangkakan sama ada bantahan ini akan berlanjutan secara senyap-senyap atau muncul melalui sabotaj dari dalam sepanjang tempoh berkempen mulai Ahad ini hingga hari pengundian.


Sementara itu kerusi DUN Kemasik yang awalnya diumumkan akan ditandingi oleh calon wanita Radilah Abd. Wahab kini digantikan dengan Rosli Othman, seorang lagi muka baru.


Pertukaran itu disebabkan "alasan teknikal", laporan The Star hari ini dipetik.


Menurut laporan itu lagi, perubahan itu yang telah disedari pada hari yang sama telah dimaklumkan kepada pengerusi BN Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Malaysiakini
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Umno-BN kalut dalam pemilihan calon M Khaleel Kas

Post  antu_ride Mon Feb 25, 2008 11:24 pm

Umno-BN kalut dalam pemilihan calon M Khaleel Kas Sun | Feb 24, 08 | 9:27:19 am MYT



KUALA LUMPUR, 24 Feb (Hrkh) - Pemerhati politik dan ahli akademik menempelak Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi dan pimpinan tertinggi Umno-BN kerana gagal menyediakan senarai calon Barisan Nasional (BN) lebih awal.


Menurut Timbalan Naib Canselor (HEP) dan Allumni Universiti Utara Malaysia, Prof Dato Dr Faiz Ahmad dalam segmen wawancara secara langsung di TV3 pagi ini, ketidakcekapan BN terutamanya pimpinan tertinggi parti dalam menamakan calon-calon untuk bertanding menggambarkan berlakunya kemelut dalaman BN.


"Perkara sebegini tidak patut berlaku apatah lagi dalam konteks Umno. Kami lihat sebagai pemerhati politik bahawa dalam parti ada masalah dalaman,"jelasnya apabila ditanya oleh pengacara mengenai perubahan nama-nama calon di saat-saat akhir.


Tambah Dr Faiz lagi, sebagai parti politik yang telah lama berkecimpung dalam politik negara ini, Umno sepatutnya matang dan perkara mengenai perubahan nama-nama calon di saat akhir tidak berlaku.


"Tidak patut berlaku, kematangan politik patut ada pada Umno,"katanya sambil membidas tindakan Umno yang mengecewakan calon-calon dan penyokong yang digugurkan di saat akhir.


Sementara itu, Pengarah Eksekutif Yayasan Strategik Sosial, Dato' Dr Denilson Jayasooria juga bersetuju bahawa tindakan yang dilakukan oleh BN dalam mengubah senarai calon yang dikemukakan akan menyebabkan kekecewaan di kalangan calon dan penyokong parti.


" Jangan...dah beritahu kemudian tukar, dah beritahu kemudian tukar...susah, bila wakil rakyat ditukar susah kebaikan wakil rakyat lama untuk diketahui oleh pengundi sesuatu kawasan,"bidas Denilson mengenai sikap tidak konsisten Umno-BN yang kerap menukar calon dalam pilihan raya kali ini.


Menurutnya, antara penyumbang kepada penukaran di saat akhir ini berkemungkinan berlaku akibat politik melobi dalam parti.


Katanya, tindakan ini bila berlaku akan menyebabkan ketidaktentuan.


Dalam pada itu, Dr Faiz memuji tindakan parti politik lain dengan merujuk kepada pembangkang terutamanya PAS yang menyediakan calon-calon lebih awal dan ini menurutnya memberikan gambaran betapa bersiap sedianya parti PAS.


Tambahnya, keadaan ini memberikan kelebihan kepada PAS dan pembangkang kerana memberikan gambaran bahawa mereka lebih bersedia, tersusun dalam gerak kerja dan tidak berlakunya perpecahan dalam parti.


Katanya, bila dalam keadaan begini berlaku 'advantage' kepada PAS, rakyat melihat kecekapan ada dalam pembangkang dan undi akan berpihak kepada mereka. - mks
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Menang Tanpa Bertanding : BN 9 PAS 1

Post  antu_ride Mon Feb 25, 2008 11:38 pm

Barisan Nasional (BN) telah memenangi 7 daripada 222 kerusi parliament dan hanya dua daripada 505 kerusi dewan undangan negeri tanpa bertanding setelah pencalonan ditutup hari ini.

Sementara, pembangkang memenangi satu kerusi dewan undangan negeri melalui calon muslimatnya Wan Ubaidah Omar yang berjaya di dewan ndnagan negeri Kijang apabila calon BN Mustopha Ahmed dibatalkan kerana telah diisytihar muflis.

Ia merupakan satu bonus penting untuk PAS kerana ia menguasai 23 kerusi berbanding 22 milik di Kelantan sebelum pembubaran dewan undangan negeri, menjadikan setiap pentandingan di Kelantan begitu penting di dalam usaha kedua-dua pihak merebut negeri berkenaan.

Pada PRU 2004, BN memenangi 17 kerusi parlimen dan 11 kerusi dewan undangan negeri tanpa bertanding sementara PAS memenangi 1 kerusi Senggarang di Johor.

Dengan perkembangan ini, kini terdapat 215 kerusi parlimen an 502 kerusi dewan undangan negeri yang akan dipertandingkan pada 8 Mac nanti.

Kerusi parlimen yang dimenangi oleh BN adalah di Sarawak iaitu Selangau, Kapit, Kanowit and Tanjung Manis, di Sabah iaitu Kalabakan dan Pensiangan serta Pengerang di Johor.

Calonnya adalah Joseph Entulu Belaun (Selangau), Alexander Nanta Linggi (Kapit), Aaron Ago Dagang (Kanowit), Norah Tun Rahman (Tanjung Manis), Abdul Ghafur Salleh (Kalabakan), Joseph Kurup (Pensiangan) and Youth dan Azalina Othman Said (Pengerang).

Ini adalah kal kedua Azalina dan Abdul Ghafur, yang masing-masing turut memenanginya tanpa bertanding pada 2004.

Kerusi dewan undangan negeri yang dimenangi BN adalah Bugaya di Sabah (Ramli Marahaban) dan Sementa di Selangor (Abdul Rahman Palil).

--
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Lagi kes salah urus tadbir, Kerajaan rugi RM 4 billion

Post  antu_ride Tue Feb 26, 2008 10:57 am

Lagi kes salah urus tadbir, Kerajaan rugi RM 4 billion
Kota Bharu: 23 Feb – Kerajaan Pusat sekali lagi melakukan kesilapan dalam hal urus tadbir dan kewangan negara, apabila penganugerahan semula projek landasan berkembar Ipoh-Padang besar telah menyaksikan peningkatan kos hampir separuh dari harga asal.

Menurut sumber Utusan Malaysia, kos asal RM 8 billion telah meningkat kepada RM 12.5 billion sekali gus menyaksikan peningkatan kos hampir RM 5 billion. Jika projek ini diteruskan semasa mula-mula ia dicadangkan sudah pasti peningkatan kos yang ketara ini dapat dibendung.

Tengah hari tadi, Naib Presiden PAS, Dato' Hj Husam Musa yang juga merupakan calon PAS bagi DUN Salor telah mengadakan sidang media khas berkenaan dengan projek landasan keretapi berkembar yang dilihat beliau sebagai satu lagi kes kelemahan Pak Lah dalam mentadbir negara.

Menurut Husam, pada tahun 2004 Perdana Menteri, dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah membatalkan projek ini dan pada waktu itu kos 4 bilion lebih rendah dari kos sekarang yang diperbaharaui.

"Kononnya pembatalan itu boleh menjimatkan wang negara dan juga mengelak projek mega yang jadi ikon bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebelum ini saya telah keluarkan kenyataan ketika itu bahawa projek ini adalah bagus untuk masa depan negara kita sebaba akhirnyab ia akan menghubungkan negara kita, Thailand dan juga China," katanya.

Menurut Husam lagi, projek ini boleh memberikan kemasukan besar pelancong dari Cina namun apa yang dipersoalkan cuma mengenai kos yang begitu besar yang sepatutnya boleh dijimatkan jika satu tender terbuka dipanggil.

Selain itu PAS tidak bersetuju dengan cara penganugerahan kontrak tanpa tender terbuka sebaliknya runding terus ketika itu, katanya.

"Tetapi PM ambil tindakan drastik yang tak bermanfaat dengan membatalkan terus projek itu. Empat tahun kemudian projek ini diteruskan semula tetapi kali ini kos meningkat dan peningkatan hampir RM5 billion, saya ada dokumen," katanya.

"Harga telah dinaikkan dengan pembayaran pendahuluan yang sangat besar, setahu saya ikut pekeliling kewangan bagi kontrak-kontrak seperti ini pembayaran pendahuluan ialah mesti pada kadar 10 peratus dari kos projek atau RM 10 juta atau mana lebih rendah," dakwanya.

Tetapi pembayaran pendahuluan bagi projek ini RM 1.4 billion telah dibelanjakan, katanya.

"Kerajaan yang buat tindakan sebegini sebenarnya satu kerajaan yang tidak bertangungjawab dan guna khazanah negara ini menyebabkan kebocoran ekonomi dan kewangan, " katanya.

Beliau mendakwa bahawa tindakan pemberian pendahuluan wang projek bukan pada kadar sebenar kepada kontrator oleh kerajaan pimpinan Abdullah Badawi ini hanyalah satu lagi rasuah yang akhirnya akan digunakan sebagai dana pilihan raya umum.

Beliau sendiri mempunyai bukti berupa dokumen yang boleh diketengahkan untuk tatapan Perdana Menteri jika Pengerusi BN itu menafikan tuduhan itu.




__._,_.___
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Pilihanraya : SPR Malaysia,

Post  antu_ride Tue Feb 26, 2008 11:06 am

Pilihanraya : SPR Malaysia,

BertanggungJawab Di Dunia & Akhirat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

http://zaharuddin. net/index. php




Terkilan..tanpa dapat saya sembunyikan, rasa sakit hati. Mengapa dan sakit hati kepada siapa?

Sebagai rakyat Malaysia, rasa terkilan dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia amat tinggi berbanding biasa. Mengapa?

Banyak sebabnya dan saudara boleh membaca sendiri di web-web yang berkaitan. Namun kali ini saya merasa lebih lagi sakitnya dari biasa kerana salah satu bentuk 'kepelikan' itu telah berlaku kepada ahli keluarga saya.

Ia berlaku kepada isteri saya. Isteri saya sejak awal mendaftar, tempat mengundinya adalah Hulu Bernam, Ulu Selangor, iaitu dikampung kelahirannya. Bukan sekadar itu malah isteri saya juga telah pernah mengundi di Hulu Selangor pada tahun 1999, semasa pilihanraya yang ke 10.

Walaubagaimanapun, pada tahun 2004 kami sekeluarga gagal membuang undi kerana berada di luar negara. Namun sejak sebulan lepas, apabila membuat semakan daftar pemilih, entah bagaimana tempat mengundi isteri saya bertukar ke Demit, Kubang Kerian, Kelantan.



Keperitan Menghubungi SPR

Puas kami menghubungi nombor telefon SPR untuk mengadu hal dan mendapatkan penjelasan bagaimana pertukaran tempat mengundi boleh berlaku, tetapi talian SPR asyik sibuk dan tidak pernah diangkat (iaitu nombor 03-8885 6500) yang kami petik dalam web SPR berikut : http://www.spr. gov.my/index/ hubungi.htm hampir setiap hari dihubungi tetapi setiap hari jugalah tiada jawapan.

Disebabkan kesibukan saya dan isteri, kami mengambil keputusan untuk membuat surat rasmi dan menghantar faks ke (603)-8888 9117, juga nombor faks yang sama dari web di atas tadi. Dalam masa yang sama percubaan menelefon dibuat setiap hari, semuanya gagal.

Sehinggalah hari ini (24 Feb 08), muncul nombor baru di televisyen, iaitu 03-9274 62692, nombor ini muncul 3 saat sahaja, namun bila dihubungi, rupanya tersilap nombor.

Akhirnya, dapat juga kami hubungi nombor SPR yang ada manusia mengangkatnya iaitu 0326810280. Namun hasil aduan itu, kami menghadapi kepelikan, keajaiban jahat dan kekecewaan sahaja.



Kemuncak kepelikan

Pegawai wanita tersebut berkata; menurut rekod mereka, kononnya isteri saya ketika mula-mula mendaftar pada 10 Mac 1998 dahulu, alamat asal adalah di Kampung Demit, Kubang Kerian. Justeru itulah sahaja yang mereka tegaskan, Sedangkan ia tidak benar sama sekali dan isteri saya tiada sebarang urusan dengan negeri Kelantan, juga bukan orang Kelantan.

Namun yang lebih PELIK DAN AJAIB, pada tahun 1999 isteri saya telah pun membuang undinya di Hulu Selangor tanpa sebarang masalah. Bagaimana boleh diundur waktu dan didaftar di Kelantan pula.. kami tiada mesin ajaib masa Doraemon. So apa sebenarnya ini?!!!. Adakah ini penipuan dan penyelewengan yang sering digembar gemburkan oleh pembangkang ?? ! . Jika benar, hampir pastilah ia dilakukan oleh pihak yang tidak ada iman tentang alam barzakh dan neraka!!

Hasilnya, kemungkinan isteri saya tidak sempat mengundi tahun ini, kerana pelbagai kesukaran pengangkutan untuk ke Kelantan dan bayi kami pula yang masih berumur 2 bulan. Saya pula terpaksa membuang undi di Kedah pada hari tersebut. Banyak lagi sebab lain yang tidak memungkinkan saya untuk bertandang ke Kelantan dan Kedah dalam hari yang sama.

Saya masih berusaha mencari muslimah-muslimah Kelantan yang dipercayai untuk menumpangkannya ke Kelantan dan pulang ke KL pada hari yang sama, namun ia amat sukar...

Benar, kami juga ada salahnya kerana tidak membuat semakan lebih awal dan menukar dengan pantas (sebelum 60 hari dari pilihanraya) apabila terdapat kesilapan, tetapi apa yang berlaku mendedahkan "something wrong is happening". Yang penting pihak SPR wajib bertanggung jawab di akhirat kelak, kami akan tuntut semua hak-hak ini tanpa BELAS KASIHAN.



Kesimpulan (Oleh Zaharuddin)



Semua kita perlu beringat-ingat selalu, sebarang kemenangan pilihanraya menggunakan penipuan, rasuah dan penyelewengan adalah haram serta dilaknat oleh Allah swt dan RasulNya, tiada keberkatan dalam pemerintahan dan rakyat serta negara, kemenangan sebegitu hanya akan memudahkan sesebuah masyarakat dan negara dipandu ke Neraka sebagaimana huraian 'hilang keberkatan' yang disebut oleh Imam Ibn Hajar Al-Haithami dalam kitabnya Az-Zawajir An Iqtiraf Al-Kabair. Justeru amat perlu dijaga unsur keberkatan dalam pilihanraya, pembelajaran, pekerjaan, pendapatan, perbelanjaan dan kehidupan seluruhnya.

Jangan kerana inginkan kuasa dan kerusi DUN dan Parlimen yang bersifat sementara manfaatnya iaitu sekitar beberapa puluh tahun di dunia, hingga sanggup menggadaikan masa depan di dalam kubur yang sempit itu dan di padang mahsyar yang berkumpulnya trillion trillion manusia dan disemak satu persatu perbuatannya.

Keadaan yang sama juga terpakai kepada pelajar yang meniru dalam peperiksaan, pelajar yang membeli sijil MA dan PhD, guru yang meniru dalam peperiksaan PTK, usahawan yang menipu, ahli politik yang menipu, pekerja yang menipu dalam amanah tugasan mereka dan lain-lain jenis penipuan, semuanya dinafikan oleh Nabi s.a.w dari kelompok ummatnya




Ertinya : "Pada suatu hari Rasulullah s.a.w. pernah melalui seorang laki-laki yang sedang menjual makanan (biji-bijian) . Baginda sangat mengaguminya, kemudian memasukkan tangannya ke dalam tempat makanan itu, apabila dilihatnya makanan itu nampak basah, maka bertanyalah beliau: Apa yang dilakukan oleh pemilik makanan ini? Ia menjawab: Kena hujan. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Mengapa tidak kamu letakkan yang basah itu di atas, supaya orang lain mengetahuinya? ! barangsiapa menipu , bukanlah (mereka) dari golongan kami (Islam)" (Riwayat Muslim, 1/99)



Ia juga termasuk dalam umum hadis ini

ãä ÛÔ ÇáÚÑÈ áã íÏÎá Ýí ÔÝÇÚÊí æáã Êäáå ãæÏÊí



Ertinya : Barangsiapa yang menipu Arab ( dan manusia lain) , mereka tidak termasuk dalam kalangan yang boleh mendpaat syafaatku, dan tidak layak mendapat belas kasihanku" ( Riwayat At-Tirmidzi, no 3928, 5/724 ; Hadis ghorib)



Imam al-Munawi berkata, salah satu maksud menipu arab adalah menghalang mereka dari menyampaikan kebenaran sehingga menjadikan orang ramai jauh dari Nabi s.a.w (Penjelasan Al-Munawi dipetik dari Tuhfatul Ahwazi, Al-Mubarakfuri, 10/296)

Berhati-hatilah wahai semua pembaca dari jatuh dalam kelompok ini.

Sekian
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup Fri Feb 29, 2008 8:49 am

takbirr...
Mucup
Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 49
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  kunan Fri Feb 29, 2008 11:32 am

Mucup wrote:takbirr...
ALLAHUAKBAR...
kunan
kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 50
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Fri Feb 29, 2008 12:36 pm

kunan wrote:
Mucup wrote:takbirr...
ALLAHUAKBAR...

takbir....
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup Fri Feb 29, 2008 4:02 pm

takbir lagi... Very Happy
Mucup
Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 49
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Fri Feb 29, 2008 11:56 pm

Mucup wrote:takbir lagi... Very Happy

takbir lah kita...nmpak gayanya kita 2 org jer ride balik mengundi nih....
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  anje_gurl Sun Mar 02, 2008 2:51 am

antu_ride wrote:
Mucup wrote:takbir lagi... Very Happy

takbir lah kita...nmpak gayanya kita 2 org jer ride balik mengundi nih....

ngundi ngundi ngundi.......
anje_gurl
anje_gurl
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 101
Age : 43
Location : pandan kl
Job/hobbies : tgk n naik motor ler!!!..
Humor : :p
Registration date : 2008-02-03

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Sun Mar 02, 2008 9:05 am

anje_gurl wrote:
antu_ride wrote:
Mucup wrote:takbir lagi... Very Happy

takbir lah kita...nmpak gayanya kita 2 org jer ride balik mengundi nih....

ngundi ngundi ngundi.......

anje_gurl ngundi ke x? ke jd pengundi hantu....hehhehe
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup Mon Mar 03, 2008 11:04 am

jadi pengundi hantu takpe,jgn jadi hantu terus udah ler..
Mucup
Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 49
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Mon Mar 03, 2008 12:31 pm

Mucup wrote:jadi pengundi hantu takpe,jgn jadi hantu terus udah ler..

skali-skala jd hantu aper salahnya...jom2 ikut antu nk?
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim Mon Mar 03, 2008 2:04 pm

jom jom...mari memenangkan parti dalcing...hehehe..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 58
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride Mon Mar 03, 2008 6:00 pm

daeim wrote:jom jom...mari memenangkan parti dalcing...hehehe..

-daeim-
undi anda adalah rahsia....aku undi pas pn mana ader bitau kat org...
antu_ride
antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3195
Age : 48
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  anje_gurl Mon Mar 03, 2008 8:07 pm

antu_ride wrote:
daeim wrote:jom jom...mari memenangkan parti dalcing...hehehe..

-daeim-
undi anda adalah rahsia....aku undi pas pn mana ader bitau kat org...

tu dah ckp undi PAS....hehehhe....kantoiiii...

ADioSSS...
anje_gurl
anje_gurl
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 101
Age : 43
Location : pandan kl
Job/hobbies : tgk n naik motor ler!!!..
Humor : :p
Registration date : 2008-02-03

Back to top Go down

Pilihanraya - 2008 - Page 5 Empty Re: Pilihanraya - 2008

Post  Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Page 5 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum