Pilihanraya - 2008

Page 3 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Fri Feb 15, 2008 3:27 pm

Mucup wrote:bikajk..bijakk..anak saper ni... Very Happy


aku dah start kempen nih...hheheheh....

saya menyokong Barisan Nasional terutama UMNO di bawah pemimpin utama kita bernama pak lah.... pak lah adalah seorang yang amat tegas dalam membuat keputusannya. ... dia juga seorang yang amat bermurah hati di mana apa yang kaum lain selain melayu minta mesti boleh dapat punya.... dia jugak seorang amat bermurah hati dengan kawan-kawan rapatnya.... semua boleh dapat kontrak dengan mudah kalau berkawan rapat dengan pak lah.... saya juga amat mengagumi imam besar islam hadari kita.... beliau seorang yang amat sporting dan moden di mana sebagai orang islam hadari, isteri tercinta tidak memakai tudung tidak menjadi dosa. anak tidak memakai tudung dan pakai baju dedah dada pun tidak menjadi dosa jika anda di bawah ajaran islam hadari..... saya mencadangkan supaya imam besar islam hadari kita diberi penghormatan dengan memberi gelaran Abdullah Ahmad Attaturk.... . kerajaan islam hadari juga tidak lupa memberi pengisian dalam bentuk rohani di mana banyak rancangan-rancangan hiburan tv dipertingkatkan untuk memaksimakan keseronokan rakyat jelata..... persembahan- persembahan hiburan, konsert-konsert, pub-pub dan kelab-kelab malam juga banyak disediakan untuk rakyat..... barisan nasional juga tidak lupa banyak membantu rakyat jelata dengan menaikkan harga barang keperluan... .. rakyat juga amat berbesar hati memohon agar kerajaan di bawah pemerintahan barisan nasional mengurangkan semua subsidi-subsidi sedia ada kerana rakyat sekarang memasing sudah mempunyai kilang percetakan duit di rumah masing-masing. ... rakyat juga membantah harga minyak dan tol dikurangkan kerana ditakuti akan mengurangkan pendapatan isirumah untuk menyara keluarga yang ramai..... sempena pilihanraya ke-12 ini saya amat berharap sebagai membalas sokongan saya terhadap barisan nasional selama ini akan memberikan imbuhan serta merta dengan menaikkan harga minyak, tol, dan lain-lain yang dirasakan perlu untuk kesenangan rakyat.... hidup UMNO.....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup on Fri Feb 15, 2008 3:54 pm

kalu gitu kamu mu antu,aku pon nak sokong jua ah... Laughing

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Fri Feb 15, 2008 7:19 pm

Mucup wrote:kalu gitu kamu mu antu,aku pon nak sokong jua ah... Laughing


jom kita pakat sokong...kejap lagi malaysia akan jadi maju seperti singapura yang menyisihkan rakyat melayu dan menaikkan bangsa lain tanpa kita sedar...kalau kita tak sokong lambat lah kita maju dan hak kita di beri kepada kaum asing...cepat sokong supaya nasib kita org melayu jadi spt mereka di singapura...

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim on Sat Feb 16, 2008 9:51 am

yeahhhh betulll..!!! aku sokong...sokonglah Melayu dibawah pimpinan Attartuk

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Sat Feb 16, 2008 12:55 pm

daeim wrote:yeahhhh betulll..!!! aku sokong...sokonglah Melayu dibawah pimpinan Attartuk

-daeim-


kempen--kempen...saper lg yang nak kempen...sila kan...nanti kita nak sama2 mengundi...percayalah...kita akan dapat apa yang kita undi..u deserve 2 have what u write....kalu u undi untuk kelab malam,arak,judi dan zina u tanggung lah sahamnya...tapi kalu undi untuk dunia dan akhirat u akan dapat apa yang u undi.... lihat lah seperti burung, jangan jadi spt katak bwh tempurung...

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim on Sat Feb 16, 2008 1:53 pm

mcm lagu m nasir lak...hehehe

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Sun Feb 17, 2008 9:17 am

daeim wrote:mcm lagu m nasir lak...hehehe

-daeim-

tu bukan lagu arr...tu syair tu...heheheheh...syair arab.... Very Happy Smile

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim on Sun Feb 17, 2008 9:18 am

sang kancil dtg beramai-ramai melawat Raja Firaunnnnnn.....

mana firaun pakai sultannnnn.!!

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Sun Feb 17, 2008 9:45 am

daeim wrote:sang kancil dtg beramai-ramai melawat Raja Firaunnnnnn.....

mana firaun pakai sultannnnn.!!

-daeim-

kempen arr daeim....parti hindraf mu tu...

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim on Sun Feb 17, 2008 3:11 pm

hehehehe...aku ke atau engkau..? xnak ngaku lak..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Sun Feb 17, 2008 3:41 pm

daeim wrote:hehehehe...aku ke atau engkau..? xnak ngaku lak..

-daeim-

ke parti mu x der resolution...ke mu takut....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim on Mon Feb 18, 2008 11:48 am

ade...1024 X 768 Resolutions...hehehe

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Mon Feb 18, 2008 5:29 pm

daeim wrote:ade...1024 X 768 Resolutions...hehehe

-daeim-

doh kempen arr resolution kamera mu tu.....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup on Mon Feb 18, 2008 8:43 pm

kempem bro kempem...kempem sampai rebah ah kali ni... Very Happy

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim on Tue Feb 19, 2008 2:06 pm

kempem..kempem..sampai ke Genting...xpun atas perut..hehehe

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Tue Feb 19, 2008 2:44 pm

Mucup wrote:kempem bro kempem...kempem sampai rebah ah kali ni... Very Happy

orang harapan pok loh x nak kempen ker?

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup on Tue Feb 19, 2008 3:53 pm

ngah kempen ah lening ni,jum pakat turun reramai gantung bendera kat putrajaya nak tak..? Very Happy

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

satu lg penipuan kerajaan BN

Post  antu_ride on Tue Feb 19, 2008 4:42 pm

Mucup wrote:ngah kempen ah lening ni,jum pakat turun reramai gantung bendera kat putrajaya nak tak..? Very Happy

NEGARA BANGKRAP JIKA HARGA MINYAK DITURUNKAN?


Terdapat pihak yang mengatakan bahawa adalah mustahil untuk menurunkan harga minyak kerana harga minyak sedang meningkat naik di peringkat global. Timbalan Perdana Menteri menyatakan negara akan bangkrap jika harga minyak diturunkan.. ..

Untuk kenyataan seperti ini kita patut tanyakan terlebih dahulu. Adakah kerajaan sebenarnya tidak mampu menanggung subsidi?

Berdasarkan laporan Belanjawan 2006 mukasurat 10 dan 15,jumlah kutipan kerajaan drpd Petronas adalah RM39.924billion. Jika ditolak subsidi yang ketika itu berjumlah RM 12billion,maka lebihan hasil kerajaan daripada Petronas adalah RM27.924b.Ini adalah kenaikan dana RM12.82billion berbanding tahun 2005.Harus diingat,anggaran ini dibuat akhir tahun 2005 sebelum subsidi minyak dikurangkan pada Feb 2006 sebanyak RM4billion dan keuntungan Petronas mencecah RM76billion. Jadi pertambahan dana tersebut pasti lebih tinggi.

Pernah sekali dipersoalkan ke mana RM500billion duit keuntungan Petronas hilang.Buat pengetahuan semua Audit Petronas tidak perlu dibentangkan di Parlimen dan Petronas hanya bertanggungjawab pada PM.Audit Petronas tidak pernah dibentangkan secara rasmi.Ini menyebabkan Petronas menduduki tangga tercorot daripada 15 syarikat minyak dan gas dunia dalam satu kajian 'World's Most sustainable And Ethical Companies'.Kajian ini dijalankan oleh Management and Excellant,syarikat perunding gas dan minyak di Sepanyol.Dalam kajian itu,Petronas mendapat 20.15% berbanding Shell 89.01%.

Sekitar 1986,terdapat satu Tabung dipanggil Tabung Warisan Petronas.Tujuan tabung ini adalah bagi membantu kerajaan sekiranya kita menjadi pengimport minyak satu hari nanti.Setiap tahun,sebahagian keuntungan Petronas akan dimasukkan ke dalam tabung ini.Soalnya, berapakah jumlah kutipan tabung ini sekarang dan mengapa ianya tidak pernah didedahkan?

Minyak Malaysia antara yang paling berkualiti di dunia.Harga setong minyak Malaysia adalah 1-2 dolar lebih tinggi dr harga pasaran dunia.Contoh, katalah harga minyak dunia sekarang USD100 setong.Tapi harga minyak Malaysia yang dijual ke luar negara adalah USD102 setong.Lebihan 2 dollar setong ini sudah menghasilkan keuntungan USD438j @ RM1.49billion setahun.

Minyak yang diimport masuk ke Malaysia sebenarnya minyak bermutu rendah.Dengan kata lain,kita ada minyak mahal pegi jual.Lepas tu bagi kat rakyat minyak tak elok.Kitaran penjualan ini menyebabkan peredaran wang USD yang sangat besar.ini menyebabkan jika sedikit masalah berlaku pada matawang US,kita terjejas sama.

Semoleknya,minyak digunakan ke dalam negara dan lebihannya barulah dieksport.Penggunaa n NGV sbg bahan bakar mesti dipertingkatkan bagi mengelakkan tumbuh guna petrol yang terlalu besar dalam negara.Dengan cara itu,minyak kita tidak akan bergantung pada harga ekonomi dunia lagi.Sementelah lagi,PM pernah menyatakan bahawa penggunaan minyak di Malaysia hanyalah 575000 tong sehari,kurang daripada pengeluaran minyak Malaysia sebanyak 650 000 sehari.Taktik ini dipraktikkan di Arab Saudi.Sebab itu,walaupun harga minyak dunia naik,Arab Saudi mampu turunkan harga minyak tempatan.0.35 riyal satu liter.

Kalau kita tengok Qatar,Qatar harga minyaknya RM0.87 seliter @ 80 dirham.Qatar macam kita,pengeksport minyak.Dan kalau kita check Singapura,harga minyaknya RM4.15.Di Indonesia pada 2006,harga minyaknya berada pada paras 4500 rupiah.Ini bersamaan RM1.84.Sila ambil perhatian:Indonesia adalah pengimport minyak.Keluaran minyaknya tidak mencukupi utk menampung keperluan dalam negara.Malaysia pengeksport minyak.Keluaran minyaknya melebihi keperluan tempatan.

Di Indonesia Sudahlah harga petrolnya lebih murah,keretanya pula murah.Toyota Avanza di sana harganya RM40 000.Di sini harganya kira2 RM70000.

Sebagai perbandingan, harga LPG di Malaysia adalah RM1.75 satu kg.Di Thailand RM1.65 satu kg.(Anda boleh rujuk kenyataan media JPM pada 27 Feb 2006).Untuk rekod,Thailand bukan pengeksport LPG.Kita?LPG belambak kat Sarawak nun.

Penipuan yang kerajaan buat tentang hal kenaikan amat jelas.Kerajaan kata subsidi kena hapus perlahan-lahan sebab nanti tak lama lagi rizab minyak akan habis.Jadi rakyat kena berlatih hidup tanpa subsidi.Tapi berdasarkan jawapan bertulis Perdana Menteri di Dewan Rakyat November 2005,rizab minyak negara adalah 5.29billion tong yang boleh kekal sehingga 2024.Ini belum termasuk penemuan telaga baru seperti telaga Pisagan 1A dan rizab gas lainnya terutama di laut Sabah.Bohong tak bohong.

Ingat,jangkaan habis petrol pada 2024 ini dibuat mengambil kira rizab pada tahun 2005 sahaja dan pengeluaran sehari secara purata 750 000 tong.Untuk rekod,pengeluaran sekarang adalah 650 000 tong.

Dan jika diikutkan,kenaikan harga minyak mentah dunia sebenarnya memberikan rahmat besar buat Malaysia.Menurut laporan Asian Development Bank,dalam buku laporan tahun 2007 menyatakan bahawa setiap kenaikan sebanyak USD1 bagi pasaran dunia untuk minyak mentah,kerajaan Malaysia mendapat keuntungan tambahan USD 62juta bersamaan RM210.8 juta.Pada saat minyak kali terakhir dinaikkan RM0.30 satu liter Awal 2006,harga minyak mentah dunia adalah USD70 setong.Kini harganya kira-kira USD96 setong.Bermakna penambahan keuntungan buat kerajaan Malaysia sebanyak USD 1.612 bilion.

Sekarang ayuh kita fikirkan pula mengapa subsidi diturunkan dan keuntungan kerajaan meningkat,masalah kewangan tetap berlaku.Dikatakan duit penjimatan RM4.4billion itu pergi kepada pengangkutan awam.Pergi kpd pengangkutan awam atau pergi pada siapa? Anda kenal Scomi?Scomi Group Berhad adalah milik Kamaluddin bin Abdullah bin Ahmad Badawi.Berdasarkan The Star Online Bizweek 18 Mac 2006,Scomi telah memasuki tawaran untuk Syarikat Prasarana Negara (PNSB) sebanyak RM120 juta bagi membina 400 badan bas dan kontrak RM50j utk pembaikan 1500 gerabak dan landasan KTM.

Ini yang keluar suratkhabar. Yang tak keluar?Skandal PKFZ tu macammana?

Sekarang tuan-tuan nampak duit jimat subsidi itu pergi mana?

Pembailoutan syarikat2 individu seperti MISC dan Scomi milik anak PM dengan jumlah mencecah RM4billion selain pembinaan projek2 mega yang tidak menguntungkan adalah antara punca utama kelemahan kewangan kerajaan.Pemberian subsidi bahan api berjumlah RM14billion pula terlalu banyak menguntungkan Penjana Tenaga Bebas(IPP) seprti YTL,Genting Sanyen dan Powertec milik Ananda Krishnan,Lim Goh Tong dan Yeoh Tiong Lai.Syarikat- syarikat IPP ini pula telah menandatangani perjanjian berat sebelah dengan TNB yang menghasilkan kerugian sejumlah RM30b kepada TNB...(Tan Sri Ani Arope telah mengesahkan ini....)

Najib kata berjimatlah. Dia duk baiki umah rasmi dia RM5juta.Projek tu dapat kat adik dia tanpa kelulusan JKR.Berjimat apebendanya?

Kata-kata Najib baru-baru ini amat mengelirukan. Negara akan bangkrap jika minyak diturunkan harga.Negara tidak akan bangkrap Najib.Yang bankrap mungkin beliau.

Kesimpulannya, ketelusan, kebijaksanaan menandatangani perjanjian,tadbir urus wang yang baik serta dasar 'tidak pada bail out' dan pembatalan projek mega yang bodoh akan membolehkan harga minyak diturunkan. Nah.... sekarang rakyat yang terpaksa menanggung semua ketidaktelusan mengurus tabdir wang negara... RAKYAT MENJADI MANGSA... SEMUA HARGA BARANG NAIKKKKK.... ...

Power to the people!


You can fool some of the people some of the time BUT you cannot fool most of the people most of the time...


kempen lg...kempen....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  daeim on Tue Feb 19, 2008 5:32 pm

sungguh menarik ayat tuh..hehe..pedas n panas..

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Tue Feb 19, 2008 11:40 pm

daeim wrote:sungguh menarik ayat tuh..hehe..pedas n panas..

-daeim-

kau jer yg takut nak kempen....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

kempen lagi....

Post  antu_ride on Wed Feb 20, 2008 12:10 am

...inilah realliti di negara
Islam Hadhari
> Judi ( Haram yang dihalalkan dengan lesen)
> Siapa yang halalkan judi nombor ekor beroperasi ?
> Kerajaan BN ( UMNO , ketua= PakLah = Pemimpin Hadhari )
> Bagaimana dia boleh jadi ketua BN?
> Sebab dia disokong jadi PM
>
> Siapa yang sokong bagi dia jadi PM?
> Pengundi pengundi BN la ...
> So .. pengundi pon bersubahat la ....
> ............ .....
> Kita lihat mengapa mamat melayu tu beli no ekor?
> Sedangkan tau benda tu haram. Dan ada tertulis di tiket judi
> yang judi HARAM disisi agama islam.
> Sebab.
> 1. Kerana negara Islam di Malaysia membenarkan lesen judi (
dihalalkan)
> 2. Kerana Penguatkuasaan lemah. Jbtn Agama islam / mufti / alim
ulamak yang
> bersuara lantang di GAM, di BLACKLIST.
> 3. Kerana Kesempitan hidup .. nak duit segera... akibat kenaikan
TOL, Minyak, barang keperluan
> akibat pemimpin negara gagal dalam tadbir urus dana DUIT RAKYAT
alien Twisted Evil lol!

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

lagi2 kempen...

Post  antu_ride on Wed Feb 20, 2008 12:21 am

Cuba U all fikir, dah 50 tahun UMNO menerajui Malaysia... apa pencapaiannya?
1. Hasrat mengasai 30% ekonomi negara oleh Bumiputra masih tak capai.
Jika satu tahun 1% ... sekarang mesti dah 50%!! tapi hampeh.
Masih terkial kial.

2. Pusat Serenti, Pusat pemulihan Wanita ( mengandung anak luar nikah)
semua penuh dgn org Melayu. Apa jadi dengan sistem kemasyarakatan dan sosial
anak muda kita? Apa yg UMNO-BN buat menerusi pentadbirannya?
Sekolah agama ditutup/ tidak diberi sokongan wajar.

3. Kos sara Hidup Meningkat dan Sistem kekeluargaan Longgar.Oleh kerana kenaikan beban kehidupan, ibu bapa sibuk berkerja pon tak cukup duit.
Harga barang dapur, tol, petrol naik. Menyebabkan masa berharga ibu bapa dengan anak tidak berkualiti krn sibuk berkerja ... Dulu,.. belanja anak gi sekolah.. RM 0.50 ssehari.. kenyang kat sekolah. Sekarang ? RM 2.00 sehari pon tak cukup. Harga makanan kat Kantin pon naik.,

4. TOL Naik n Petrol naik.
menyebabkan semua barang naik ... Yg sedihnya TOL ( lebuhraya= barang awam)
yg dibina guna duit rakyat,.. bila rakyat nak guna kene bayar TOL. Sepatutnya TOL dihentikan kerana dah lebih untung ( penambahan bilangan kenderaan) tapi masih ON dan naik tiap2 tahun ... rakyat merungut,.. tapi rakyat sendiri tak berani nak tukar kerajaan!! apa barang ...?

5. Biasiswa diganti dgn PTPTN.Dulu bila masuk U, dapat JPA. Habis belajar bayar 25% tiada interest. Tapi sekarang,... diganti dgn PTPTN... ada interst lagi 3% !! Interst tu riba. Riba tu haram.
Haram tu masuk neraka. Riba diistilahkan seperti melancarkan perang dgn Allah swt. Siapa yg buat/ Kerajaan BN jugak.

6. Projek Mega - Koridor Utara, Selatan, Timur, Sabah dan sarawak. membazir
semua projek mega ni guna duit rakyat. Tak salah nak buat. zaman mahadir pon,.. just buat Putrajaya jer. Tu pon dah membazir banyak. Maintenance bunga dan tiang lampu kat Putrajaya jer berjuta juta.
Projek mega2 tu.. siapa yg dapat (kontraktor) ? Kroni2 diaorg jugak.

7. Islam hadhari ?
Islam .. islam ajer lah. Tak payah la Hadhari... sama macam islam sekular yg Turki laksanakan di zaman an tartuk. Di negara Islam hadhari,.. cuba tengok belah petang setiap hari ada jualan nombor ekor kuda, magnum, toto... U all boleh saksikan bersepah org Melayu Islam berbaris beli saham masuk neraka. Sebab Malaysia negara Islam Hadhari halalkan dgn lesen.
Di Kelantan mana ada kedai no. ekor. Kalu rakyat Kelantan nak kedai2 ni beroperasi,. . undilah BN.

8. Yuran Sekolah ...
mansuh RM 4.00,.. tapi still kene bayar RM 120.00 bila daftar anak sekolah.
korang tak perasan lagi ker kene tipu mentah mentah.

9. Pemimpin Penipu
Bila ditanya bila pilihanraya. . tak ngaku.. kata lambat lagi. Last2 esoknya betul Parlimen dibubarkan. Apa salahnya mengaku jer kata... yg dah antar surat mohon bubar Parlimen pada 13 Febuari... dan jika YDP Agung perkenan maka bubarlah Parlimen.

10. Pemimpin Takut dgn seorang Individu.
Mengapa buat pilihanraya awal? Ada stahun setengah lagi. Tapi kerana takut kalau buat selepas 14 April.,.. Dato sri anwar Ibrahim boleh bertanding. Satu Kerajaan,.. takut dengan seorang manusia bernama Anwar ... diaorg takut la kalau anwar dapat berada dalam dewan parlimen .. teruk kene hentam kerana Anwar berani menyuarakan suara rakyat tanpa selindung ( tak takut risiko)

11. Masalah Rakyat Johor.
Cuba ingat banjir besar yg melanda tahun lepas di Johor. Jelas kerajaan sedia ada 'lembap' dan gagal dalam tadbir urus dengan baik. Kalau bagus,.. mesti masalah sistem perairan dan longkang dapat diselesaikan dan bankjir besar tidak berlaku.

12. Anak anak muda kita.banyak terjebak dengan masalah sosial. Lumba haram, bohsia, aids, dadah, pelacuran, jual diri, pil kuda, pil khayal, hisap gam, rogol, dll. Sedih tengok budak pompuan melayu dalam video lucah dalam hp. mengapa ni berlaku? Kerana kerajaan sedia ada gagal menyusun agenda untuk membangunkan akidah umat islam. Menteri kesihatan sendiri pon seks luar nikah.

13. Kemiskinan.
Korang rujuk jer cerita Bersamamu di TV3. semua nya terjawab. 80 % dari negeri2 yg diperintah BN. Apa ADUN dia buat? Banyak lagi tempat masih mandi dengan air perigi/ sungai. Ada yg hidap penyakit kritikal.. terpaksa merayu dalam berita TV3.

cukup lah .... mari kita cuba dengan barisan kerajaan yg baru.
jangan takut. Lihatlah Thailand, Indonesia, Filipina semua berani tukar kerajaan.

Inilah masanya...

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Minyak Petroleum Keluaran Malaysia

Post  antu_ride on Wed Feb 20, 2008 12:39 am

Minyak Petroleum Keluaran Malaysia Hanya Sesuai Untuk Dijadikan Minyak Jet


"Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan", kata Timbalan Menteri Penerangan, Datuk Zahid Hamidi ketika disoal oleh Dr. Muhammad Agus di dalam rancangan Hujah terbitan TV9 sebentar tadi. Saya tak tahu samada hendak ketawa atau menangis mendengar alasan daripada Zahid ini. Apa yang pasti, jawapannya bukan menyelesaikan permasalahan semasa rakyat tetapi sebaliknya mengundang banyak persoalan di dalam benak fikiran kita. Mungkinkah menteri dan timbalan menteri UMNO/BN ini memang semuanya bangap dan lembab belaka atau memang kegemaran mereka bersandiwara bodoh sepanjang masa di hadapan rakyat.

Kita ikuti seterusnya perbualan (secara ringkas) antara Dr. Agus dan Zahid:

Dr. Agus: Dato' Seri Anwar Ibrahim dan pihak pembangkang telah berjanji bahawa jika mereka berjaya memerintah Malaysia, harga minyak akan diturunkan 30 sen serta merta? Apa pandangan Datuk?

Zahid: Inilah masaalah dengan pembangkang, tak habis-habis meracuni fikiran rakyat. Minyak petroleum yang dikeluarkan dari perut bumi Malaysia hanya sesuai untuk dijadikan minyak jet, dan atas sebab itulah maka kita tidak dapat gunakan untuk menampung kenaikan harga minyak dunia dan terpaksa menaikkan harga minyak tempatan. Cuba lihat negara-negara lain seperti Singapura dan Thailand, harga minyak mereka jauh lebih mahal daripada di negara kita ..

Dr. Agus: Tetapi mereka ini bukan negara pengeluar minyak sedangkan negara kita pengekspot minyak ..

Zahid: Betullah negara kita pengekspot minyak, tetapi saudara kena ingat bahawa kerajaan terpaksa berbelanja sebanyak RM 40 bilion setahun bagi subsidi minyak. Dengan jumlah wang yang begini banyak banyak lagi projek lain yang boleh kita buat untuk kesejahteraan rakyat .

Dr. Agus: Bukankah dengan menurunkan harga minyak itu merupakan satu kesejahteraan kepada rakyat ?

Zahid: Betul, tetapi semua lapisan rakyat tak kira bawa Mercedes atau Proton akan mendapat faedah yang sama jika kita menambah subsidi minyak ..

Saya tak nak mengulas panjang tentang perkara ini kerana anda semua boleh buat penilaian sendiri tahap minda seorang yang bergelar Timbalan Menteri di dalam UMNO/BN. Budak-budak sekolah pun tahu bahawa minyak petroleum apa pun jika diproses di pusat penapisan akan mengeluarkan pelbagai produk minyak lain termasuk petrol, diesel, bitumen, minyak tanah, minyak jet dan pelbagai lagi hasil keluaran. Sikit atau banyak sesuatu produk ini bergantung kepada kualiti atau jenis minyak mentah (crude oil) yang diproses. Apa yang pasti, tak ada satu jenis petrolium pun dalam dunia ini yang hanya boleh keluarkan minyak jet sahaja. Tak tahulah kalau ada minyak petrolium yang disedut belakang rumah Zahid yang berupaya berbuat demikian.

Lagi pun kalau benar kualiti minyak Malaysia memang tinggi atau tinggi kandungan untuk minyak jet, sudah tentu kita berjaya mengekspot dan seterusnya memperolehi untung yang lebih tinggi sebab harga minyak dunia telah meningkat dengan mendadak, sedangkan untuk kegunaan tempatan kita mengimpot minyak yang bermutu rendah. Jadi hujah kepala otak apa pula yang berkata bahawa apabila fenomena ini berlaku kita terpaksa naikkan harga minyak sedangkan kita telah untung besar dengan hasil penjualan minyak bermutu tinggi!

Saya nak ingatkan Zahid bahawa Anwar telah menjadi Menteri Kewangan selama 8 tahun dan apabila beliau kata ia boleh dilakukan maka ia pasti boleh dilakukan. Janganlah kedunguan boss kamu Mamak Maidin itu menjalar kepada engkau pulak! Kamu boleh menipu sesetengah orang pada sesetengah masa atau semua orang pada sesetengah masa atau sesetengah orang pada setiap masa. Tetapi kamu tidak akan berjaya menipu semua orang pada setiap masa dan penipuan kamu di atas adalah cukup hina dan meloyakan.

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  Mucup on Wed Feb 20, 2008 8:49 am

TAKBIRR.........TAKBIRRRR.........TAKBIRRRRRRRRRR... affraid

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  antu_ride on Wed Feb 20, 2008 11:11 am

Mucup wrote:TAKBIRR.........TAKBIRRRR.........TAKBIRRRRRRRRRR... affraid

allahu akbar......nti aku tulis lg mlm nti ek....kan kena isa lak aku nih....hehheehh...

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: Pilihanraya - 2008

Post  Sponsored content Today at 1:54 pm


Sponsored content


Back to top Go down

Page 3 of 6 Previous  1, 2, 3, 4, 5, 6  Next

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum