LUAHAN RASA

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Go down

LUAHAN RASA

Post  anje_gurl on Wed Mar 05, 2008 12:53 am

Pertanyaan Untuk Cinta

“Adakah tapak tanganmu berkeringat,
hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat
di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan
pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana
kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.
Adakah kamu mencintainya kerana itulah
yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin
melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.


Adakah kamu menjadi miliknya kerana
pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya
kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.
Adakah kamu mengatakan padanya bahawa
setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua
perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan
dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana
campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami …
menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya
kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain
tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana
kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika
dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia
berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan
menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga
menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.


AdiossSS...

anje_gurl
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 101
Age : 35
Location : pandan kl
Job/hobbies : tgk n naik motor ler!!!..
Humor : :p
Registration date : 2008-02-03

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  antu_ride on Wed Mar 05, 2008 8:03 am

cinta itu buta.....tu la pasal org bercinta slalu meraba2....jom bukak topik cinta....saper nak mula?

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Rinaz on Wed Mar 05, 2008 9:36 am

antu_ride wrote:cinta itu buta.....tu la pasal org bercinta slalu meraba2....jom bukak topik cinta....saper nak mula?

antu mulakan dulu.antu sentiasa di alam pcintaan.... flower flower

_________________
SeMuA yG TeRjAdI bIaRlAh tErJaDi....hAdApI dGn SeNyUmAn dAn JiWa Yg tEnAnG....

Rinaz
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 629
Age : 38
Location : Putrajaya
Job/hobbies : Ape-ape aje
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  daeim on Wed Mar 05, 2008 9:57 am

antu mmg asyik dok bercinta jer...bile nak abiskan zaman tu pun aku x tau..heheh..

xpe..xpe..antu stok byk..bleh share2

kan antu kan..?

-daeim-

daeim
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 4005
Age : 51
Location : Melaka
Job/hobbies : Kerani
Registration date : 2008-01-15

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  kunan on Wed Mar 05, 2008 1:08 pm

CINTA...

CINTAI LAH SUNGAI KITA... cheers

kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 43
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Rinaz on Wed Mar 05, 2008 1:57 pm

cinta...
dtgnya tak kita undang
dan perginye tak dipinta

kehadirannye membahagiakan semua insan
memotivasikan jiwa insan agar lebih bersemangat
menjalani kehidupan yg mendatang....

dan bila cinta...mula menjauh
barulah kita sedar langit tu sebenarnye tinggi
barulah kita berpijak di bumi yg nyata
yg selama ini kita asyik memikirkan kebahagiaan
tanpa kita sedari, kehancuran selalu menunggu masa
untuk melancarkan serangan...
peritkan bila cinta di khianati....huhuuh Sad Crying or Very sad Crying or Very sad Sad

_________________
SeMuA yG TeRjAdI bIaRlAh tErJaDi....hAdApI dGn SeNyUmAn dAn JiWa Yg tEnAnG....

Rinaz
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 629
Age : 38
Location : Putrajaya
Job/hobbies : Ape-ape aje
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  antu_ride on Wed Mar 05, 2008 11:05 pm

jom kita mulakan topik ni....soklan 1....apa definasi cinta bagi anda sendiri...
contoh jwpan: cinta bg saya loving,caring,sharing n anythings...pastu xplain la....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  antu_ride on Wed Mar 05, 2008 11:45 pm

Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan
di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di sebuah
bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si
suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan
abang sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada
saya sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman
lelaki, semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk
puisi dan syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata
"Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang
merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis
dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.
Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang
disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.
Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah
engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan
kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau
menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika
disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau
tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan
setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah?
Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi.
Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini,
selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik
dan ter bai k di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia
boleh dirasai dalam hati."

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Rinaz on Thu Mar 06, 2008 2:45 pm

antu_ride wrote:jom kita mulakan topik ni....soklan 1....apa definasi cinta bagi anda sendiri...
contoh jwpan: cinta bg saya loving,caring,sharing n anythings...pastu xplain la....


cinta umpama air terjun yang mengalir..
nyaman dan mendamaikan jiwa..
lihat sajalah kedinginan air sungai..
bisa buat kita gigil kesejukan..
begitulah rasa cinta andai bersulam cinta Ilahi dan Insani..
tujahan air terjun diumpama kasih sayang yang tak pernah surut..
bila rasa sayang kuat bersemi tembok penghalang pasti runtuh..
seperti batu batu yang hancur akibat tujahan demi tujahan air yang jatuh..
akhirnya kasih sayang semakin dalam dan kuat dijiwa..
kasih sayang dan keserasian bukan datang dengan sendiri..
tetapi dibentuk agar keharmonian dapat dikongsi bersama..
cinta tidak boleh dipaksa.. tapi dapat dirasa tanpa kata-kata..
Cinta bermula dari diri kita sendiri, perasaan kasih dan sayang harus disemai,
dibajai, disuburkan di dalam diri kita sebelum
kita berani mengorak langkah utk memulakan cinta I love you I love you cheers

_________________
SeMuA yG TeRjAdI bIaRlAh tErJaDi....hAdApI dGn SeNyUmAn dAn JiWa Yg tEnAnG....

Rinaz
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 629
Age : 38
Location : Putrajaya
Job/hobbies : Ape-ape aje
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Mucup on Thu Mar 06, 2008 4:56 pm

cinta..apa itu cinta..adakah cinta itu ada cinta....

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  kunan on Thu Mar 06, 2008 9:08 pm

SETAHU POKCIK, CINTA ITU PANAS....

kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 43
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  anje_gurl on Sat Mar 08, 2008 10:57 am





love

ADIOss

anje_gurl
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 101
Age : 35
Location : pandan kl
Job/hobbies : tgk n naik motor ler!!!..
Humor : :p
Registration date : 2008-02-03

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  antu_ride on Sun Mar 09, 2008 11:03 pm

panas camner lak tu abe6?xplain arr skit...hehheheh...kat mana panasnya tu...

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Tips Mencintai Dan Dicintai...

Post  antu_ride on Mon Mar 10, 2008 1:28 am

Tips Mencintai Dan Dicintai...

Kiter renungkan sesama... mungkin ade hikmah di sebaliknya..

"I LOVE U"

Description:
Anda mengetahui yg anda merindui seseorang apabila jantung anda
berdegup pantas ketika teringatkan dia. Dan walaupun sekadar "Hai"
daripada dia mencukupi sebagai penenang.

Ulasan:
Anda mungkin menaruh hati kepadanya, cuma anda tidak menyedarinya
ataupun anda tidak mahu menerimanya sebagai kenyataan.

Jangan jadi terlalu baik, saya akan merindui kamu. Jangan terlalu
mengambil berat, saya mungkin menyukai kamu. Jangan jadi
terlalu 'sweet', saya mungkin jatuh hati kepada kamu. Amat sukar
untuk saya menyayangi kamu jika kamu tidak mahu membalasnya

Ulasan:
Seseorang yang membuat kamu jatuh hati kepadanya sebenarnya
menyayangi kamu lebih daripada kamu menyayangi dia.

Jika seseorang hadir dalam hidup kamu dan menjadi sebahagian daripada
kamu, tetapi atas sebab tertentu dia terpaksa pergi, jangan terlalu
sedih terimalah kenyataan itu dan sekurang2nya dia pernah
membahagiakan kamu.

Ulasan:
Masa akan menentukan segalanya, jika dia ditakdirkan bersama anda,
dia akan kembali.

Jangan melarikan diri dari 'cinta' apabila ia berada di hadapan kamu,
Jangan melarikan diri daripadanya kerana suatu hari nanti, kamu pasti
akan teringatkannya kembali dan menyesali perbuatan kamu itu
.
Ulasan:
Hargai orang yang menyayangi kamu, bukan mudah untuk mencari orang
yang menyayangi kita. yang paling berharga ialah hati yang ikhlas.

Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil.
Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia,maka
teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali,
mungkin tiada lagi peluang kedua.

Ulasan:
Masa tidak menunggu kita. Jika anda rasakan anda telah bertemu dengan
orang yg sesuai, maka hargailah dia, jangan biarkan dia berlalu
begitu sahaja. Jangan bertangguh kerana takut. Cubalah dahulu atau
anda akan menyesal kerana membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Tiada sesiapapun yang tahu apakah yang membuatkan anda benar2
bahagia. Ada 2 titis air mata mengalir di sebuah sungai. Satu titis
air mata tu menyapa air mata yg satu lagi,"Saya air mata seorang
gadis yang menyayangi seorang lelaki tetapi telah kehilangannya.
Siapa kamu pula?".
Jawab titis air mata kedua tu,"Saya air mata seorang lelaki yang
menyesal membiarkan seorang gadis yg menyayangi saya berlalu begitu
sahaja."

Ulasan:
Tiada sesiapapun yang simpati kepada orang yang sengaja membiarkan
peluang pergi begitu sahaja tanpa berusaha untuk mendapatkannya atau
mempertahankannya.
Kita selalunya tidak menghargai seseorang yang hampir atau menyayangi
kita sehingga dia pergi meninggalkan kita; kemudian kita akan sedih
dan menyesal mengingatkannya.

Terdapat banyak bebintang di langit tetapi hanya satu sahaja yang
begitu menyerlah sehingga dapat menarik perhatian anda. Dari kalangan
yang anda pilih untuk abaikan ialah sebutir bintang yang sanggup
menyinari anda walau diamana sahaja anda berada.

Ulasan:
Bahagian 1: orang yang bersama anda ketika ini mungkin bukanlah orang
yang benar2 anda sayangi.
Bahagian 2: terdapat orang yang tahu dia tidak dapat bersama kamu
ketika ini tetapi masih menyayangi kamu sepenuh hatinya, fikirkanlah.

Lawaknya bila kita meletakkan standard untuk orang yg bakal kita
sayangi, tetapi jauh di sudut hati, kita tahu yang orang yg kita
sayangi itu terkecuali daripada standard itu. (don't be too choosy!)

Ulasan:
kita amat kritikal terutamanya kepada orang yg kita sukai atau
sayangi kerana kita mahukan yang terbaik untuk diri kita. Tetapi
sebenarnya kesempurnaan dan hubungan terbaik dapat dicapai dengan
berusaha bersama. Ia bukanlah terletak kepada satu individu sahaja.

Cinta itu membuatkan anda gembira walaupun ia sering melukakan.Cinta
itu istimewa jika ia diberikan kepada orang yg bertuah.

Ulasan:
Jika anda bertemu seseorang yang benar2 menghargai anda, maka dia
berhak mendapat kasih anda.

Menyayangi/mencintai itu umpama bermain piano. pertama, kita bermain
ikut peraturannya. Kemudian, lupakan peraturannya dan main ikut hati
.
Ulasan:
kepercayaan terhadap pasangan adalah amat penting. Untuk mempercayai
seseorang yang anda sayang/cintai, anda mestilah membuat dia
mempercayai anda dahulu. Yakin terhadap diri sendiri dan pasangan
anda. Jangan buat mereka ragu-ragu terhadap anda dan jangan ragu-ragu
terhadap mereka

Apa kata seseorang memberitahu anda ini " saya tidak percaya dengan
courtship (mendapatkan perhatian bagi memenangi seseorang). Ia cuma
membuang masa sahaja.Jika saya mencintai seseorang, maka saya akan
meluahkan isi hati saya kepadanya. Tetapi, ada pula pengecualian bagi
anda, jika anda mencintai saya, saya akan 'court' (sentiasa cuba
memenangi)anda selamanya..."

Ulasan:
Cinta itu memerlukan masa untuk disedari kehadirannya. terdapat cinta
pandang pertama, tetapi ia masih memerlukan masa bagi pihak satu lagi
menyedarinya.

Merinduinya apabila dia tiada di sisi, mengharapkan berita
daripadanya apabila berjauhan...Adalah lebih baik untuk berani
mencintai walaupun akhirnya anda kecewa daripada tidak mahu mencintai
kerana takutkan risiko atau cabaran yang bakal mendatang
.[/color]
Ulasan:
Jangan berputus asa apabila terdapat saingan dalam percintaan. Adalah
lebih baik untuk anda mencubanya terlebih dahulu; kerana jika anda
berjaya, kemenangannya itu teramat manis. Tetapi, jika anda tidak
mahu/berani mencubanya,anda mungkin akan kehilangan orang yang anda
sayang/cintai selamanya.

Anda tidak pernah kalah/kecewa dalam mencintai/menyayangi. Anda cuma
kalah jika anda bertangguh.

Ulasan:
Jangan takut untuk meluahkan isi hati anda kepada orang yang anda
sayang/cintai. Beritahu mereka dan biar mereka buat keputusan di
pihak mereka. Salah satu perkara yang paling indah dalam hidup ialah
memberitahu kepada orang yang anda sayangi betapa penting dan
istimewanya mereka dalam hidup anda.
Dengan itu, anda akan rasa lebih yakin dan puas. Dan anda akan rasa
bangga terhadap diri anda kerana anda telah menunaikan tanggungjawab
anda terhadap perasaan hati anda.

Jangan sesekali mengkhianati perasaan hati anda kerana akibatnya,
hanya anda yang akan sengsara; bukan orang lain. Salah satu cabaran
paling sukar dalam hidup ialah mencari orang yang tahu segala
kelemahan dan kekurangan diri anda, tetapi dia masih sangup
menyayangi anda dengan sepenuh hatinya.

Ulasan:
Cinta itu adalah berasaskan tolak ansur dan pengorbanan. jika dia
tahu kelemahan dan kekurangan anda dan masih sanggup bersama anda dan
lebih menyayangi anda, maka andalah orang yang paling bertuah! Dia
layak mendapat cinta anda.

Ruang kosong di antara celah-celah jari kita dicipta untuk dipenuhi
oleh jari-jari orang lain.

Ulasan:
Bukalah pintu hati anda, benarkan orang yang anda sayangi masuk,
jangan ragui tujuan mereka kerana keikhlasan itu dapat dirasai dalam
hati.

Dalam percintaan, terdapat beberapa perkara yang perlu disedari.
Apabila anda bercinta...... Ia bukan 'passport' untuk anda difahami;
tetapi untuk anda memahami. Ia bukan 'passport' untuk anda mengambil
itu dan ini; tetapi untuk anda diambil.
Ia adalah untuk anda mendengar; bukan supaya anda didengar. Ia adalah
untuk anda berkorban dan bertolak ansur; bukan untuk anda meminta itu
dan ini. Ia bukan untuk anda berkira2 atau mengukur; tetapi untuk
anda mencintai...

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Mucup on Tue Mar 11, 2008 10:02 am

C.I.N.T.A seperti lirik lagu nyanyian kumpulan apa ntah..cuba dgar lagunya ok jugak ehehhee..

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  antu_ride on Tue Mar 11, 2008 7:14 pm

aper komen mu daeim....cinta itu libas ker?hehheheh....

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  anje_gurl on Tue Mar 18, 2008 12:14 am

Mucup wrote:C.I.N.T.A seperti lirik lagu nyanyian kumpulan apa ntah..cuba dgar lagunya ok jugak ehehhee..

XPDC mucupppppppp......

anje_gurl
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 101
Age : 35
Location : pandan kl
Job/hobbies : tgk n naik motor ler!!!..
Humor : :p
Registration date : 2008-02-03

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  antu_ride on Tue Mar 18, 2008 7:56 am

mucup dengar lagu ker...? tp dia minat lagu aris ariwatan...hehehh..nyanyi skit mucup..

antu_ride
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3194
Age : 41
Location : ampang
Job/hobbies : ride n ride
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Mucup on Mon Mar 24, 2008 11:08 am

XPDC..layan..jom anger kita sama-sama layan XPDC ehh.. Very Happy

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  kunan on Tue Mar 25, 2008 2:04 pm

aku suka layan lagu MAY.

kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 43
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Rinaz on Tue Mar 25, 2008 2:08 pm

Layan SEARCH n WINGS ok gak...

_________________
SeMuA yG TeRjAdI bIaRlAh tErJaDi....hAdApI dGn SeNyUmAn dAn JiWa Yg tEnAnG....

Rinaz
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 629
Age : 38
Location : Putrajaya
Job/hobbies : Ape-ape aje
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  eazybuG on Wed Mar 26, 2008 10:47 am

Rinaz wrote:Layan SEARCH n WINGS ok gak...

Layan Daud Kilau lagi best.........Ohoooooooo.......hoii....., bila la mata bertentang mataaaaaa......hati didalammmmmm bagai nak gilerrr.......hoiii...... Very Happy Very Happy

_________________
MAIN MOTO > TIDO MOTO > = MAT MOTO

eazybuG
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 1324
Age : 46
Location : Subang Jaya
Job/hobbies : Motor..Motorcycle..Motorcyclist.
Registration date : 2008-01-07

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Rinaz on Wed Mar 26, 2008 1:03 pm

Ada yg suka layan dangdut ke kat sini...... Question Question

_________________
SeMuA yG TeRjAdI bIaRlAh tErJaDi....hAdApI dGn SeNyUmAn dAn JiWa Yg tEnAnG....

Rinaz
LadyBikerz
LadyBikerz

Number of posts : 629
Age : 38
Location : Putrajaya
Job/hobbies : Ape-ape aje
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  kunan on Wed Mar 26, 2008 2:01 pm

eh, dandut pun best gak...jom, kita pi dandut plak...leh tengok org goyang2..

kunan
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 445
Age : 43
Location : Dulu puchong, lor ni kb
Job/hobbies : Lepak and ride
Humor : pelik-pelik
Registration date : 2008-01-09

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Mucup on Wed Mar 26, 2008 3:27 pm

antu suka sangat kalu bab dangdut ni..pantang di pelawa...ekekeke Very Happy

Mucup
Otai HRC
Otai HRC

Number of posts : 3097
Age : 41
Location : Putrajaya
Job/hobbies : cabut mucup
Registration date : 2008-01-08

Back to top Go down

Re: LUAHAN RASA

Post  Sponsored content Today at 1:25 am


Sponsored content


Back to top Go down

Page 1 of 3 1, 2, 3  Next

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum